Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Reaksi Nora Mengenai Dakwaan Bercinta Dengan Shaheizy Sam

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Tuesday, 31 July 2012 13:59

..

Selepas reda gosip cintanya dengan pelakon Adi Putra, kelmarin timbul pula cerita 'hot mama' ni sekarang dikatakan intim dengan pelakon Shaheizy Sam. Pun begitu Sam telah tampil dengan kenyataan menafikan gosip tersebut malah menyifatkan cerita itu sebagai mengarut.

Sementara itu berpeluang bertemu dengan pelakon cantik ni di majlis berbuka puasa serta pelancaran novel Mencari Cinta, MD mendapatkan reaksi mengenai dia kini terjebak dengan 'cinta lokasi'

Nora memberitahu dia terkejut tatkala mendengar dia kononnya menjalin cinta dengan aktor rebutan pengarah juga penerbit masa kini gosip itu. Lebih-lebih lagi mereka dikatakan menjalin hubungan secara diam-diam sejak digandingkan dalam filem terbitan MIG berjudul Dua Kalimah.

Antara babak dalam filem 'Dua Kalimah' (foto dipetik dari MIG online)Antara babak dalam filem 'Dua Kalimah' (foto dipetik dari MIG online)

"Hah! itulah masalahnya. Lepas hari tu saya dikaitkan dengan abang Adi Putra, sekarang Sam pula. Ingin saya nyatakan sekali lagi bahwa gosip di antara saya dengan Adi tidak benar. Itu semua kerana spekulasi orang. Tiada apa yang berlaku antara kami"

"Alih-alih baru-baru ni dengan Sam pula. Saya terkejut sangat sebab kami di set memang tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami tak bercinta. Sepanjang di set Dua Kalimah, kami asyik buat lawak saja.

"Semalam kami ada photoshoot. Bila kami jumpa, masing-masing boleh berlawak lagi pasal gosip ni", jelas Nora Danish dengan panjang lebar ketika di temui di Flora De Cafe, Ampwalk, semalam.

Tegasnya lagi, sepanjang 10 tahun menceburi dunia lakonan, dia tida pernah terjebak dengan 'cinta lokasi'. Sehinggakan apabila seringkali dikait dengan pasangan heronya baik di dalam filem mahupun drama, dia seperti sudah lali dengan cerita-cerita tersebut.

"Bukan tidak kisah langsung dengan gosip sebegini. Saya ambil serius juga hinggakan kadang-kadang timbul rasa bimbang. Takut kalau peminat bosan dan keliru. Saya tak mahu peminat atau ada yang akan buat andaian, lepas ni dengan siapa pula Nora akan bercinta? Cukup-cukup lah saya dikaitkan dengan cinta lokasi", katanya.

Bagi ibu tunggal ini sendiri, dia mengamalkan sikap profesional dan tidak mencampur-adukkan soal kerja dan peribadi.  

"Kerja adalah kerja. Ini periuk nasi kami dan memang tidak ada timbul soal cinta antara saya dengan pasangan saya dalam lakonan, tambahnya. Nora bagaimanapun berkata dia tidak menolak sekiranya satu hari nanti bertemu jodoh dengan orang seni. Cuma buat masa ini dia mahu menumpukan pada kerjaya juga anak tunggal kesayangannya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia 3 tahun.

Sambut Aidilfitri Bersama Keluarga Bekas Mertua
Dalam pada itu, menyentuh mengenai persiapan raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, Nora berkata, seperti tahun-tahun sudah, dia dan anaknya akan beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga serta bersama keluaraga bekas mertua.

Cerita Nora, setiap kali tiba Syawal mereka sekeluarga menyambut dengan sederhana. Namun seperkara yang istimewa ialah juadah wajib ibunya yang memang di nanti-natikan setiap tahun.

"Tahun ni daripada hari raya pertama hingga ke lima saya beraya di sini. Ada perancangan nak bercuti di Myanmar tapi nampaknya tak jadi sebab memandangkan sekarang situasi di sana tak mengizinkan untuk kami bercuti ke sana. Mungkin ibu saya saja yang pergi seorang sebab wajahnya iras-iras orang sana tambahan dia boleh berbahasa Myanmar. Jadi tak la risau sangat. Saya mungkin akan bercuti ke tempat lain (buat masa ini Nora masih belum memutuskan di mana).

"Saya dan keluarga sambut ala qadar saja. Ibu akan masak menu istimewanya, rendang daging dan kari ayam. Selepas tu raya pertama saya akan beraya di rumah bekas ibu mertua.

"Untuk Reykal, saya siapkan beberapa pasang baju raya, bunga api serta pelita-pelita kecil. Saya ada buatkan satu taman kecil dan hiaskan dengan pelita-pelita  Kami kan tak ada kampung, jadi saya nak bagi dia rasa suasana beraya macam kat kampung. Kadang-kadang iri hati juga bila tengok orang lain balik kampung, tapi mujur lah keluarga kami juga meriah", kata Nora yang kini sedang berdebar menanti tayangan filem Aku Terima Nikahnya, pada 11 Oktober depan.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.