|
|
|
Thursday, 02 August 2012 08:41 |
.
Bintang Akademi Fantasia (AF7), Hafiz, enggan mengulas lanjut berhubung isu saman yang dikenakan terhadapnya baru-baru ini. Meskipun puas 'dipujuk' pihak media bagi mengadapat sedikit kenyataan balas mengenai isu terbabit, pemilik nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip ini tetap 'mengunci mulut'.
"Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai kes itu. Saya serahkan segalanya kepada peguam dan pihak pengurusan saya.
"Saya terkejut apabila dimaklumkan perkara itu kepada saya dan saya memilih untuk tidak memberi sebarang komen kerana tidak mahu tersilap dan mungkin memburukkan lagi keadaan", katanya Hafiz secara ringkas ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Astro di hotel Royal Bintang Damansara, semalam.
Kelmarin media melaporkan, bekas pengurus pentas Nur Haniza Mohad Azhar telah menuntut ganti rugi lebih RM200,000 berikutan dakwaan penyanyi yang popular denganlagu AWan Nano itu, mencederakannya ketika menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan “Salih Yaacob Show” di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas. Tambah Hafiz dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas pulang dari Indonesia, semalam. Selain dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusannya.
- mD
|