Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Shila & Sharnaaz Mula Bincang Soal Masa Depan

Print E-mail
  
Thursday, 02 August 2012 14:06

..

Penyanyi popular Shila Amzah memberitahu disamping seronok menjalani ibadah puasa serta teruja membuat persiapan Aildilfitri yang bakal tiba tak lama lagi bersama keluarga, rayanya kali ini lebih bermakna dengan kehadiran teman lelaki di sisi, Sharnaaz Ahmad.

"Bulan puasa tahun ni, allhamdulillah berjalan lancar. Tahun ke-12 saya sambut puasa sebagai anak seni. Seronok sebab ni juga tahun pertama yang saya dapat luangkan lebih masa dengan keluarga. Sebelum ni kalau bulan Ramadhan saya banyak buka di luar sebab sibuk dengan kerja. Tahun ni juga lebih bermakna bagi saya dapat sama-sama berbuka dan akan beraya dengan Sharnaaz, " kata Shila Amzah ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Astro, semalam.

Bertanyakan bagaimana pula pertama kali menjalani ibadah puasa bersama kekasihnya itu, kongsi Shila,

"Bulan puasa ni juga kita banyak luangkan masa bersama. Keluarga dia jauh, di Pulau Pinang. Jadi, kami selalu berbuka puasa dengan keluarga saya. Kadang-kadang kami berbuka di rumah, kadang-kadang diluar. Kalau kat rumah, saya masak lah juga untuk dia. Dia suka daging, jadi saya masakkan dia apa-apa yang jenis lauk berdaging. Sahur pula, setakat ni baru sekali. 

"Kalau tidak ada aral melintang, tahun ni saya akan beraya balik raya di kampung mama di Banting, Selangor. Selepas tu kami akan balik ke Perak. InsyaAllah saya juga akan beraya di kampung Sharnaaz. Tapi tak pasti lagi pada hari raya ke berapa sebab raya ni pun saya ada komitmen dengan program raya",

Selain tu, mereka berdua merancang mahu memakai baju raya sedondon dan warna hijau menjadi pilihan pasangan dua sejoli ni.

Seperti pasangan keaksih lain, Shila memberitahu hubungan yang dijalinkan mereka bukan main-main. Pun begitu, masih terlalu awal untuk memikirkan langkah ke ambang perkahwinan mahupun pertunangan. Kerana masing-masing sekarang sedang rancak mengukuhkan kerjaya. Namun sekurang-kurangnya mereka meletakkan sasaran dua tahun lagi untuk melangkah setapak ke hadapan dalam perhubungan yang dibina.

"Hubungan kami serius. Saya bersyukur kerana famili dia sangat menerima saya. Sekarang ni pun macam ibu dan adik-beradik dia ambil berat tentang kerjaya seni saya. Saya pun masih muda, baru 22 tahun. Jadi mereka bagi masa pada saya,"

"Mustahil kalau saya kata kami tak ada berbincang apa-apa. Kami berdua memang pernah berbincang tapi sesama famili tu belum ada lagi. Targetnya mungkin dua tahun lagi. Mudah-mudahan hubungan kami kekal ada InsyaAlah kalau ada jodoh kami", katanya. 

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terbaru, Shila kini dalam proses menyiapkan album terbaru. Memuatkan tujuh lagu, ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri dan dijangka akan di-release pada Februari tahun depan.  

"Memang ada yang minta lagu dari saya. Saya sangat berbesar hati. Bukan tak mahu bagi. Tapi buat masa ni hasil tulisan saya cuma baru terbukti dengan lagu Patah Seribu. Kalau boleh bagilah saya buktikan bakat penulisan saya melalui album yang akan datang ni dulu. Saya nak orang tahu yang saya bukan saja boleh tulis balada tetapi juga pelbagai genre", katanya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.