|
|
|
Friday, 03 August 2012 08:51 |
.
Ini berita menarik, jika Malaysia berjaya menggapai pingat emasnya yang pertama bagi negara, jenama aiskrim kesukaan ramai, Baskin-Robbins akan membantu inisiatif Impian Emas Negara dalam memberikan aiskrim itu kepada seluruh rakyat Malaysia untuk dinikmati secara PERCUMA!
Ianya pasti menjadi satu lakaran bersejarah dan isu terpenting bagi negara Malaysia sekiranya kita berjaya menggondol pingat emas pertama di Sukan Olimpik 2012 yang kini sedang rancang berlangsung di ibu Kota London.
Meskipun setakat hari ini, kontingen negara belum lagi meraih apa-apa pingat. Namun impian mahu menggondol pingat emas, masih tetap menggunung tinggi. Malaysia boleh!
Justeru, Media Prima Berhad (MPB) melalui inisiatif “Impian Emas Negara” mengumumkan tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia andai impian yang sudah lama dinantikan ini dapat direalisasikan.
Aiskrim PERCUMA ini akan diberikan pada hari Rabu, 8 Ogos 2012 di 61 cawangan Baskin-Robbins seluruh Malaysia (kecuali kios di Pantai Hospital, Bangsar dan taman tema Genting) bermula 8.00 malam sehingga 10.00 malam, di mana setiap rakyat Malaysia layak untuk menikmati secedok aiskrim. “Sememangnya hasrat Media Prima Berhad untuk menyatukan rakyat Malaysia di dalam satu suara untuk bersorak demi jaguh-jaguh kebangsaan kita. Kami berbangga untuk mereka dan kami semua berharap mereka bakal melakukan yang terbaik. Jika Malaysia berjaya menggapai pingat emas pertama Olimpik, apakah cara yang lebih baik untuk meraikannya selain daripada memberikan seluruh rakyat Malaysia aiskrim percuma. Bukan hanya sekadar aiskrim biasa, tetapi di antara aiskrim terbaik di dunia” kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen & Ketua Pegawai Eksekutif Studio Primeworks, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, ketika berlanjung majlis sidang media bertempat di Sri Pentas TV3, semalam.
“Kami amat gembira berkongsi visi yang sama seperti Baskin-Robbins dan kami juga ingin berterima kasih kepada mereka sebagai rakan kongsi yang hebat di dalam inisiatif Impian Emas Negara. Ini merupakan ganjaran kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan penuh mereka kepada kontinjen Malaysia di London melalui cara mereka yang tersendiri dan kami berharap inisiatif ini bakal memberi lebih inspirasi kepada negara,” tambah Izham.
Ini juga merupakan julung kalinya Baskin-Robbins menganjurkan pemberian aiskrim secara percuma untuk meraikan detik bersejarah negara.
Menurut Encik Cheah See Yeong, Presiden Golden Scoop Sdn. Bhd. Baskin-Robbins Malaysia, “Kami ingin untuk meneruskan lagi keseronokan pada malam itu. Mereka yang datang awal pada hari tersebut, bukan sahaja bakal diberikan secedok aiskrim malah baucar eksklusif yang menawarkan tawaran hebat.”
“Ini bakal menjadi salah satu inisiatif TERBESAR kami sehingga kini kerana ia melibatkan seluruh restoran Baskin-Robbins di seluruh Malaysia. Pelanggan juga boleh memilih mana-mana di antara 31 perisa aiskrim yang terdapat di Baskin Robbins. Bagi saya pilihan terbaik yang menjadi symbol kepada acara yang bakal diingati ini adalah perasa coklat Gold Medal Ribbon dan World Class kami,” kata Encik Cheah.
Jadi jangan lupa, dapatkan secedok Baskin-Robbin pada 8 Ogos (Rabu), boleh juga buat berbuka puasa nanti!
- mD
|