Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Rumah Aznil Dirompak, Kerugian RM40,000

Print E-mail
  
Friday, 03 August 2012 10:04

..

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan yang kediaman yang didiami pengacara nombor 1 negara, Aznil Hj Nawawi aka Pak Nil, di Taman Yarl telah dimasuki perompak sekitar 10.00 malam tadi.

Ketika kejadian berlaku, Pak Nil tiada di rumah. Namun hanya ibu dan dua orang pembantu rumah mereka berada di rumah tersebut.

Menurut laporan, penjenayah melarikan sejumlah barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting anting & rantai kaki selain komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Kejadian rompakan yang tidak pun disedari sesiapa ketika berlaku ni mengakibatkan keluarga Pak Nil mengalami kerugian sebanyak RM40,000 keseluruhan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut di diami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.

Bagaimanapun Pak Nil menerusi Twitternya pagi ini, memaklumkan yang ibu serta dua oembantu rumahnya tidak di apa-apakan dan berada dalam keadaan selamat.


..

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.