|
|
|
Monday, 06 August 2012 09:12 |
.
Rasanya jarang sekali kita mendengar gosip tentang aktres yang seorang ni. Namun baru-baru ni timbul cerita dia kononnya sedang becinta dengan pelakon, Beego. Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan laporan di sebuah akhbar mingguan semala, yang melaporkan kedua-dua mereka ditemui berpimpin tangan di sekitar Kota Damansara dekat sini dan gelagat pasangan tersebut dilihat begitu mesra.
Pun begitu, di dalam kenyaataan di mStar, pelakon filem Tanda Putera ni mengakui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan aktor Beego sejak kebelakangan ini, namun enggan mengulas status sebenar perhubungan mereka.
Linda berkata, persahabatan di antara dia dengan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah,32, sudah lama terjalin memandangkan mereka kerap bekerjasama dalam drama-drama yang dilakonkan sejak akhir-akhir ini.
"Saya selesa berkawan dengan dia dan kami dah lama kenal serta kerap berlakon bersama.
"Memandangkan dia adalah rakan saya, kami juga pernah keluar sama seperti teman-teman yang lain. Cuma diakui, sejak kebelakangan ini, hubungan kami lebih rapat.
"Bagaimanapun, saya enggan mengulas sama ada kami bercinta atau tidak. Kita lihat sahaja apa yang bakal berlaku nanti," katanya.
Dalam pada itu, Linda yang baru sahaja selesai penggambaran telefilem Cinta Saedah bagi siaran TV3 itu turut mengakui bahawa hatinya sudah pun dimiliki, namun enggan mendedahkan siapakah lelaki bertuah itu.
- mD
|