Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Roslan Shah Jawab Isu Teguk Bir

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Tuesday, 07 August 2012 03:15

..

Ramai sedia tahu penghibur kelahiran Singapura ini memang cukup sinonim dengan kontroversi. Tak habis-habis mengundang 'cerita panas', timbul satu lagi dakwaan, kononnya Roslan Shah bersama beberapa rakan sakan meneguk bir di depan khalayak ramai.

Menjawab kepada isu tersebut, Roslan berkata dia terkejut apabila mendapat tahu mengenai khabar itu menerusi seorang peminat yang memberitahunya melalui Facebook. Selain sepupunya sendiri yang menghubungi dan bertanyakan hal berkenaan (minum bir).

Baru-baru ini sebuah blog menyebut, Roslan Shah dilihat bersama beberapa botol 'air kencing setan di sebuah kedai mamak yang terletak di Setapak. Roslan sebelum itu dilihat keluar dari kedai 7-Eleven dan menuju ke kedai mamak berhampiran dengan membawa sebuah beg plastik dipercayai berisi beberapa botol bir. Tidak lama kemudian beberapa remaja lelaki dalam belasan tahun dan awal 20-an menyertainya. 

Menurut pelakon telefilem Mabuk Estrogen ni, dia langsung tidak mengenali siapakah individu yang  telah 'mencipta' khabar angin itu lantas menyangkal dakwaan yang disifat sebagai fitnah yang bertujuan menjatuhkan reputasinya sebagai anak seni.

"Saya terkejut, terkilan dan kecewa dengan tuduhan itu. Itu semua fitnah. Artikel tersebut pun sebenarnya sudah lama, sejak tahun lalu. Tapi sejak 2 minggu lalu apabila seorang peminat dan sepupu saya bertanyakan pada saya, saya rasa perkara ini sikit sebanyak mengugat reputasi saya sebagai seorang anak seni.

"Memang benar dulu saya pernah tinggal di kawasan itu. Tapi sejak berpindah rumah, sudah lima tahun saya tidak datang dan lepak di Setapak. Jadi cerita ini memang tak logik.

"Walaupun saya pergi ke disko atau kelab malam, tapi saya tak pernah minum minuman keras. Saya tidak tahu apa motif blogger itu membuat cerita sebegini. Mungkin disebabkan saya terkenal dengan cerita kontroversi, jadi saya rasa individu itu sengaja mengambil kesempatan memburuk-burukkan nama saya," kata Roslan Shah kepada MD ketika ditemui di majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bertempat di hotel Seri Pacific, KL, semalam.

Roslan juga memberitahu beberapa rakan artis ada yang mencadangkan kepadanya supaya membuat laporan polis dan menyaman blog tersebut. Namun sempena bulan baik, bulan Ramadhan, Roslan memilih untuk lebih berlembut dengan hanya meminta agar blogger terbabit membuang artikel tersebut daripada blognya.

"Saya tak berniat mahu saman menyaman. Saya maafkan dia. Cuma saya bagi amaran kepada blogger itu agar memadamkan artikel tersebut. Jika dia masih berdegil, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

"Walaupun saya tidak mengenali siapa individu di sebalik khabar angin ini, tapi saya difahamkan yang menerusi badan penyeliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kita boleh mengesan siapakah individu yang bertanggungjawab," akui Roslan sekaligus menolak bahawa tindakan dia tampil bagi menjelaskan perkara ini bukan mahu menagih simpati juga mencari publisiti murahan. Sebaliknya kata Roslan, dia tampil demi membersihkan namanya.

Dalam pada itu menyentuh tentang perkembangan terbaru, Roslan berkongsi dia bakal muncul sebagai perserta dalam pertandingan realiti Maharaja Lawak Mega musim ke-2 tidak lama lagi.

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.