|
|
|
Tuesday, 07 August 2012 13:57 |
.
Apa cerita dengan pasangan suami isteri, Aidil Zafuan dan pelakon Rita Rudaini? Mereka masih dalam konflik.
Pagi ini telah berlangsung prosiding seterusnya dan memetik kenyataan di mStar, untuk sekelian kalinya pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi sebutan kes permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya. Lantaran Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling telah mempersoalkan sikap Aidil.
"Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tetapi soal yang dibincangkan dalam mahkamah ini adalah berkaitan dengan hidup dan mati.
"Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat seperti mainan. Plaintif (Aidil) perlu buat pengorbanan dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes ini," kata Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang meneri teguran atas sikapnya yang terlalu mementingkan bola sepak berbanding rumah tangga dan anak-anak. Sebelum itu, peguam plaintif iaitu Noor Hazlina Che Hasan memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah atas alasan sedang menjalani latihan bola sepak di Austria selama dua minggu. Di maklumkan Aidil telah berlepas ke negara Austria pada 4 Ogos lalu dan hanya akan kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.
Dalam pada itu, peguam defendan (Rita) iaitu Datuk Mohd Zaidi Md. Zain memohon kepada mahkamah supaya pihak plaintif mengemukakan surat bertulis sekiranya gagal untuk hadir ke mahkamah pada masa hadapan dan bukannya dibuat secara lisan.
"Perbincangan hanya dibuat secara lisan dan tidak formal melibatkan peguam masing-masing tanpa kehadiran anak guam kami," ujarnya.
Noor Hazlina pula memberitahu mahkamah, dia ada berbincang dengan Aidil namun tiada sebarang keputusan formal dibuat.
"Pihak kami akan mengemukakan jawapan secara bertulis kepada mahkamah sekiranya terdapat sebarang keputusan dan pihak kami perlu menunggu plaintif pulang dari luar negara terlebih dahulu," katanya.
Sementara itu, peguam plaintif telah menfailkan affidavit jawapan terhadap bantahan awal yang dikemukan oleh pihak defendan berhubung tuntuntan kembali taat yang dibuat oleh Aidil dan diserahkan kepada peguam defendan.
Mahkamah mengarahkan jawapan itu dibalas oleh pihak defendan untuk dikemukakan pada sebutan kes akan datang. Kes disambung pada 3 Oktober depan.
- mD
|