Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Kerna Mee Goreng RM3 PESAWAT Jadi Gangster?

Print E-mail
  
Wednesday, 08 August 2012 14:04


..

Bersempena menyambut hari raya yang bakal tiba, kumpulan Pesawat telah melancarkan muzik video bagi lagu raya mereka yang berjudul Menjelang Syawal. Tampil dengan kelainan, muzik video ni mengambil konsep filem pendek di mana jalan ceritanya telah diadaptasi dan diolah semula dari sebuah buku berjudul Sepucuk Pistol Di Dalam Laci nukilan Hadi M.Nor dan Sufian Abas.

Diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang pernah terlibat dalam menerbitkan muzik video pertama PESAWAT iaitu ‘Mirage’. Mengisahkan perseteruan antara dua kumpulan gangster iaitu Geng Punai (lakonan kumpulan Pesawat). Ini merupakan kali pertama ahli Pesawat tampil sebagai pelakon utama.
 
Sementara Geng Garuda yang diketuai Rom Mohd Nor (pengasas majalah muzik ROTTW) sementara vokalis band Couple iaitu Aidil Rusli sebagai orang kanan Geng Garuda.

Lebih menarik, pergaduhan mereka adalah disebabkan perebutan sebuah kedai makan milik Kak Pah yang dilakonkan oleh Adibah Noor. Mee Goreng Kak Pah menjadi punca perebutan tempat tersebut dan Geng Punai pula ingin membunuh ketua Geng Garuda.

Apakah kesudahannya? Mari sama-masa kita layan...

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.