Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Isteri Ameng (Spring) Menangis Setiap Hari

Print E-mail
  
Thursday, 09 August 2012 09:12

Foto dipetik dari mStarFoto dipetik dari mStar

Sudah hampir setahun tiga bulan tanpa suami di sisi, Sabariah Zakariah, 42, isteri kepada Ameng (Spring) mengakui terpaksa menahan sedih apabila terpaksa menjalani kehidupan tanpa bekas vokalis kumpulan Spring itu yang dihukum penjara di Kluang, Joho atas kesalahan dadah pada April tahun lalu.

Memetik laporan di mStar, Sabariah berkata, berkata, ketiadaan Ameng benar-benar membawa kesan dalam kehidupannya apatah lagi terpaksa menjaga anak tunggal mereka, Wan Ahmad Haizal, 5, secara sendirian. Malah wanita berusia 42 tahun ni memberitahu bukan mudah untuk menempuh kehidupan tanpa suami. Hampir setiap hari dis menangis tetapi mengenangkan anak yang tidak tahu apa-apa, guru tadika ni cuba memendam perasaan sedih itu daripada dilihat anak-anak.

Isteri Ameng, Sabariah bersama anaknya Wan Ahmad Haizal.Isteri Ameng, Sabariah bersama anaknya Wan Ahmad Haizal.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan rindu saya terhadapnya. Saya hanya mampu berdoa dan kuatkan semangat diri agar fikiran lebih tenang serta dapat membesarkan anak sebaik-baik mungkin.

Tambah Sabariah, lebih sebak lagi apabila tahun ini merupakan kali kedua dia dan anaknya terpaksa beraya tanpa Ameng dan mereka hanya dibenarkan melawatnya pada Hari Raya ketiga.

Malah, kedatangan Ramadan turut mengingatkannya bagaimana gelagat Ameng yang gemar ke bazar membeli juadah berbuka puasa bersama.

"Setiap kali Ramadan, perasaan saya lebih sebak daripada biasa. Habis semua memori lalu diimbas kembali bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya.

"Saya ingat lagi, setiap kali membeli juadah berbuka, lauk gulai kawah antara makanan yang wajib dibeli Ameng," ujarnya.

Ditanya mengenai keadaan Ameng di penjara, Sabariah berkata suaminya menjalani hukuman seperti yang ditetapkan dan dia sentiasa menjaga tingkah laku kelakuan diri agar hukuman yang dikenakan dapat dikurangkan.

"Saya ada melawat Ameng pada Ramadan pertama (21 Julai 2012). Keadaannya seperti biasa dan lebih tenang,” katanya.

Pada 12 April lalu Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan berkaitan dadah.

 

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.