Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Namewee Dedah Punca Sebenar Isu Teruk Dibelasah

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Thursday, 09 August 2012 10:47

Foto oleh DanishFoto oleh Danish

Ada saja 'cerita panas' yang dicetuskan pemuda bernama Namewee ni. Beberapa hari lalu, penyanyi-pengarah kontroversi ini mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar wajahnya yang dalam keadaan bengkak, lebam -lebam dan luka dilaman Facebooknya berserta status memberitahu yang dia dibelasah oleh individu yang tidak dikenali ketika di satu sidang media.

Namun begitu, selang sehari menerusi kenyataan rasmi daripada syarikat penerbitan filem Hantu Gangster, Prodigee Media Entertainment menyatakan bahwa status Namewee dipukul itu sebenarnya hanyalah gimik daripada jejaka berusia 29 tahun ni bagi mempromosikan filem keduanya itu. Lantaran kenyataan tersebut telah membuatkan Namewee sekali ditempelak dan dikritik segelintir pihak yang dia sekali lagi sengaja mencari publisiti murahan.

Dan malam tadi bersempena mala gala filem Hantu Gangster bertempat di berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Namewee atau nama penuhnya Wee Meng Chee, yang hadir agak lewat berjaya mencuri tumpuan ramai apabila dia tiba dalam keadaan bertongkat, kepala berbalut dengan wajahnya mempunyai kesan lembam dan luka.

Lantas timbul persoalan dikalangan ramai tetamu yang hadir, apakah kali dia betul-betul kena pukul atau itu hanya gimik semata.

Namewee bersama Amber Chia dan Farid Kamil sewaktu di malam gala filem 'Hantu Gangster'Namewee bersama Amber Chia dan Farid Kamil sewaktu di malam gala filem 'Hantu Gangster'

Bercakap kepada MD mengenai keadaannya itu, Namewee berkata tujuan dia tampil dalam keadaan begitu sebenarnya memang merupakan satu cara mempromosikan filem Hantu Gangster.

Jelasnya lagi, pendekatan sebegitu diambil atas sebab kekurangan bajet untuk mempromosikan filem tersebut.

"Ini adalah karakter saya dalam filem Hantu Gangster. Penonton perlu tonton cerita ini dan baru mereka akan faham kenapa saya datang dengan imej macam ni.

"Lagipun promosi bagi sesebuah filem memerlukan bajet yang tinggi. Tapi kami tak cukup bajet untuk buat promosi secara besar-besaran. Jadi saya tampil dengan keadaan sebegini dengan harapan bila orang ramai tengok saya macam ni, mereka akan berasa kasihan dengan saya dan akan pergi beli tiket dan menonton Hantu Gangster," jelas Namewee sekaligus menolak dakwaan yang dia sengaja mencari publisiti murahan.

Sementara itu, Hantu Gangster merupakan garapan kedua Namewee selepas Nasi Lemak 2.0. Filem komedi yang diinspirasikan daripada kisah sebenar hidup datuknya ni mengisahkan perbalahan tiga kumpulan samseng daripada tiga kaum berbeza. Tiga kumpulan ini yang hidup harmoni dan saling menghormati pada zaman bapa mereka bertukar menjadi musuh pada era anak masing-masing kerana konflik dan kepentingan peribadi.

Mula ditanyangkan pada hari ini, selain Namewee sendiri, Hantu Gangster ini turut dibintangi Farid Kamil, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk David Arumugam dan ramai lagi.


- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.