Faezah Elai Kongsi Berita Hamil di Twitter |
|
|
| Thursday, 09 August 2012 13:08 | |||
|
Kami masih ingat lagi sewaktu bertemu dengan pelakon ini di majlis berbuka puasa anjuran Astro Shaw kira-kira dua minggu lalu, ketika itu di kalangan teman-teman media ada tertanya-tanya tentang perubahan pada Faezah Elai. Bukan saja imej barunya kini berambut pendek tapi ada mata yang perasan, pelakon drama bersiri Memberku Hawa ni kelihatan sedikit berbeza - tambah 'berseri-seri'. Ketika itu, Faezah juga ada memberitahu yang tempoh haidnya sudah lewat tetapi dia tidak mahu membuat sebarang pemeriksaan kerana pernah kecewa beberapa kali sebelum ini.
Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Heykal Hanafiah pada 9 September tahun lalu.
- mD
|













.jpg)


.jpg)












