Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Amber Chia Pengsan, Terima 21 Jahitan

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Thursday, 09 August 2012 13:15

Foto oleh DanishFoto oleh Danish

Akibat terlalu penat dek jadual pertunjukan fesyen yang terlalu padat, supermodel terkenal tanah air, Amber Chia, 30, memberitahu dia jatuh pengsan. Kejadian yang berlaku di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang itu menyebabkan Amber mengalami kecederaan di bawah dagu dan telah menerima rawatan sebanyak 21 jahitan.

"Kejadian ni kira-kira 10 hari lalu, waktu pertunjukan fesyen di Pulau Pinang. Selepas saya membuat pertunjukan saya terus ke naik ke bilik kerana berasa sangat penat. Tapi entah macam mana saya tiba-tiba pengsan. Sedar-sedar saja, dagu saya cedera dan saya menerima 21 jahitan," kata Amber Chia kepada MD ketika ditemui di malam Gala filem Hantu Gangster, bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam.       

Tambahnya lagi meskipun kecederaan yang dialami itu ringan namun pada awalnya dia berasa risau dengan kesan parut yang kemungkinan besar akan diterimanya.

"Siapa yang tidak bimbang lebih-lebih lagi saya dalam bidang ini (peragawati), kalau ada sikit parut, sudah rasa tak cantik. Tapi sekarang saya berasa okay dan mujurlah tidak cedera di muka. Dan lagipun luka ini, sikit saja", katanya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai fielm Hantu Gangster Amber yang turut membintangi filem arahan pengarah kontroversi Namewee ni memberitahu dia begitu teruja dan seronok sepanjang menjalani penggambaran.

"Seronok dan teruja. Walaupun tiada dialog dan sebagai cameo sahaja tapi saya dapat satu pengalamanan menarik. Saya suka dengan make-up dan kostum yang saya pakai dalam filem ini", ujarnya yang memengang watak hantu polis wanita yang memburu tiga hantu ketua gangster lakonan Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' David Arumugam dan Uncle Charlie.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.