Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

"Farid soulmate saya" - Diana Dianielle

Print E-mail
  
Friday, 10 August 2012 10:14

..

"Kami masih lagi bercinta, tetapi mungkin lebih manis kalau saya katakan Farid merupakan soulmate saya. Dia memahami diri saya dan seorang teman yang sentiasa ada untuk saya", kata Diana Danielle mengulas mengenai hubungannya bersama pelakon Farid Kamil sepertimana yang dipetik dari portal murai.com

Pelakon cantik berusia 21 tahun ini turut melahirkan rasa bertuah kerana dapat mengenali Farid yang disifatkan seorang yang matang dan sering memberi tunjuk ajar dan nasihat kepadanya tidak kiralah dalam lakonan mahupun hal-hal lain. Malahan Diana lebih suka  mengumpamakan aktor berbakat besar itu sebagai abangnya.

Sementara itu mengenai perkembangan terkini, Diana berpasangan dengan Namewee (sebagai Te Sai) dalam filem Hantu Gangster yang kini sedang rancak ditayangkan di pawagam.

"Bagi saya sendiri, saya mahu mencuba dan mencari watak yang jarang atau tidak pernah Diana lakonkan. Secara tidak langsung ia memberi peluang untuk Diana menambah ilmu dan dalam masa yang sama variety kepada penonton.

"Hantu Gangster sebuah filem yang menarik untuk ditonton kerana ia adalah filem kita, filem Malaysia. Bukan selalu penonton dihidangkan dengan hasil karya sebegini. Ia juga dapat memupuk perasaan hormat menghormati diantara kita masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

"Namewee pula seorang yang fun, dia menjadi dirinya sendiri dan saya sangat selesa bekerjasama dengannya,"ujarnya yang memengang watak sebagai Jameela, seorang guru sekolah rendah. Ini juga merupakan kali pertama Diana berlakon dibawah arahan Namewee.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.