Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Konsert Wonder Girls di Malaysia Oktober Ini!

Print E-mail
  
Friday, 10 August 2012 17:40

..

I want nobody, nobody but... Wonder Girls! (x3)

Ya, anda tahu lagu itu? Maka tentunya ini berita yang akan membuat anda juga sekalian Wonderfuls (gelaran untuk fans) melompat keriangan! Grup sensasi Korea, Wonder Girls yang sedia sukses mengemparkan persada hiburan global menerusi single Noboby, kembali lagi dan bakal mengadakan konsert di bumi Malaysia!

Atas nama konsert Wonder Girls Wonder World Malaysia Tour 2012, dalam kunjungan kali ketiga ni,  lima gadis cantik lagi seksi yang terdiri daripada Yubin, Yeeun, Sunye, Sohee, and Hyelim akan membuat persembahan pada 13 Oktober 2012, jam 7 malam bertempat di Stadium Negara. Ini merupakan konsert mega pertama mereka di sini.

Sebelum ini Wonder Girl pernah berkunjung ke sini sempena konsert World Stage 2010 dan Konser Twin Tower 2011.

Dianjurkan oleh  DAOL Entertainment Sdn. Bhd, jualan tiket-tiket akan diadakan pada 1 September 2012 (Sabtu) di Fahrenheit88. Sementara jualan menerusi online akan bermula pada 2 September 2012. Maklumat lanjut boleh layari http://www.facebook.com/WonderGirlsMalaysia2012

..

Wonder Girls pernah menembusi carta Billboard Hot 100 USA menerusi lagu Nobody. Mereka juga pernah membuat kemunculan sebagai opening act di konsert Jonas Brothers World Tour 2009 dan konsert Justin Bieber’s Valentine’s Day 2010.

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.