Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Rita Rudaini Terima Mesej Ugutan Dari Suami

Print E-mail
  
Monday, 13 August 2012 01:17

..

Gara-gara kenyataan yang dibuat di dalam sebuah rancangan hiburan sensasi, tengah hari semalam, pelakon Rita Rudaini Mokhtar telah menerima mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, selepas wanita itu membuat kenyataan mengenai rumah tangga mereka.

Memetik kenyataan di mStar, pelakon berusia 36 tahun itu memberitahu, dia menerima SMS daripada bintang bola sepak berusia 25 tahun itu yang menyatakan hasratnya mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan tersebut.

“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad).

"Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Rita menambah, selama ini Aidil juga banyak memberi kenyataan termasuklah melalui rancangan hiburan tersebut tetapi dia mengambil peluang untuk tidak melenting.

Bagaimanapun Rita kecewa apabila kenyataannya pada Ahad mendapat reaksi negatif daripada Aidil sehingga sanggup menghantar SMS berbentuk ugutan.

“Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?” soal Rita.

Menerusi rancangan di saluran TV3 itu, Rita yang ditemu bual wartawan mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga.

Malah Rita juga memberitahu Aidil sebenarnya sudah termakan hasutan pihak ketiga yang akhirnya menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik. Rita turut menyerahkan kepada takdir bagi menentukan jodohnya dengan suami.

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.