Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Borak Dengan TAYLOR SWIFT Live di YouTube Pagi Ini!

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Monday, 13 August 2012 17:38

..

Berita gembira yang kami baru terima daripada markas Universal Muzik Malaysia, peluang sekalian pecinta Taylor Swift untuk lepak dan berborak dengan puteri Pop-Country-Kotemporari ni! Weeeehoooo!

Apa: Taylor Swift Live Webcast di YouTube. Taylor akan meluangkan masa berbual sekaligus menjawab soalan-soalan peminat di seluruh dunia secara langsung menerusi online pada 13 Ogos 7 pm waktu di Los Angelas, 4 pm waktu United Kingdom (14 Ogos 2012 tarikh Malaysia, kira jam 7 pagi hingga 10 pagi). Siaran web ini akan turut merangkumi Google + hangout *meliputi peminat seluruh dunia.

Kat mana: Layari www.youtube.com/TaylorSwift, www.youtube.com/presents, atau www.TaylorSwift.com.

Soalan-soalannya: Peminat boleh mengajukan soalan secara terus menerusi borak sosial sepanjang webcast dengan menggunakan akaun YouTube anda.

Jadi, ini peluang sekali seumur hidup lepak dan tanya apa saja soalan yang anda nak tanya dengan hitmaker Back To December ni. Kalau terlepas, rugi!

..

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.