Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Konsert THE WANTED September Ini!

Print E-mail
  
Tuesday, 14 August 2012 01:29

..

Dalam lambakkan bintang KPop yang bakal bertandang ke negara kita mulai bulan depan, kumpulan paling hangat dari United Kingdom, The Wanted juga telah mengesahkan kehadiran mereka bagi mengadakan konsert penuh buat pertama kali di Malaysia pada September nanti.

Popular dengan lagu seperti All Time Low, Heart Vacancy dan Lose My Mind, ini merupakan kunjungan kali kedua Max George, Nathan Sykes, Jay McGuiness, Tom Parker & Siva Kaneswaran.

Sebelum ini sekitar Februari 2011 yang lalu, The Wanted hadir bagi mengadakan showcase khas di Laundry Bar, The Curve. Dan sudah pasti penampilan kali ini lebih bermakna dengan konsert penuh.

Konsert The Wanted akan diadakan di Surf Beach @ Sunway Lagoon pada 18 September jam 8.15pm. Tiket tiket dijual dengan harga RM450 (The Wanted Zone), RM250 (Party Zone) dan RM150 (Chill Out Zone) sudah pun mula di’jual sejak 11 Ogos 2012.

Kepada peminat The Wanted, cepat dapatkan tiket anda sekarang melalui Ticket Pro atau cawangan Rock Corner, Victoria Music & The Guitar Store yang berhampiran.

">o

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.