Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Soyeon (T-ara) Dipindahkan ke Hospital di Seoul

Print E-mail
  
Tuesday, 14 August 2012 01:18

..

Ketua kumpulan T-ara, Soyeon yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya baru-baru ini telah dipindahkan ke Hospital di Seoul.

Agensi T-ara, Core Contents Media, memaklumkan, Soyeon yang pada awalnya menerima rawatan kecemasan di hospital di Gyeongbuk kini telah dipindahkan ke Seoul. Ini berikutan gadis berusia 24 tahun itu perlu menjalani pemeriksaan penuh ke atas dirinya.

Tambah wakil dari agensi tersebut, "Tiada kecederaan serius yang dialami, bagaimanapun, Soyeon masih dalam keadaan sangat terkejut. Akibat kemalangan tersebut dia mengalami sakit di leher, bahu dan bahagian belakang.

"Selepas melihat keadaannya, buat masa ini kami memutuskan untuk membatalkan pengambaran drama Haeundae Lovers hari ini dan keputusan selanjutnya sama ada dia akan meneruskan pengambaran atau tidak hanya akan dibuat selepas laporan pemeriksaan terhadapnya dikeluarkan nanti. Bagaimanapun Soyeon memang meletakkan 100% komitmennya terhadap projek ini",

Terdahulu, Soyeon dalam perjalanan ke Busan dengan menaiki van syarikatnyua menuju ke lokasi pengambaran drama bersiri terbitan KBS 2TV itu. Tiba-tiba van tersebut tergelincir akibat hujan lebat sepanjang perjalanan lalu hilang kawalan lantas terus melanggar rel pengawal dan terbalik.

..

Selain Soyeon, turut bersama stylists dan juga pemandunya juga dikejarkan ke unit kecemaran hospital berhampiran dan mereka telah menjalani pemeriksaan imbasan CT.

Sebelum ini MD pernah melaporkan, kumpulan yang popular dengan lagu seperti Roly Poly, Lovey Dovey dan Yayaya ni bakal berkunjung ke sini dan mengadakan showcase pada 3 Oktober depan bertempat di Dewan Wawasan,Menara PGRM, KL.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.