|
|
|
Wednesday, 15 August 2012 10:43 |
.
Kalau bercakap mengenai pengalaman berbuka puasa, pasti setiap daripada kita punya pengalaman sendiri yang tidak dapat dilupakan. Bagi pelakon komedi popular Mohd Razizan Abdul Razak atau Zizan, teraju utama filem Mael Lambong ni memberitahu dia pernah punya pengalaman berbuka puasa di tepi semak suatu masa lalu meninggalkan kenangan penuh makna buat teraju utama filem Mail Lambong ini.
Pengalaman itu dialaminya ketika dalam perjalanan pulang beraya ke kampung halaman di Dungun, Terengganu. Dengan menaiki sebuah motosikal lama, mereka sekeluarga pulang ke kampung yang jaraknya kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Terengganu. Berbekal makanan dibawa ibunya, Zizan sekeluarga menikmati juadah berbuka di tepi jalan ketika menuju ke kampung.
“Mak saya akan siapkan bekal untuk berbuka ketika dalam perjalanan. Saya dan abang duduk di depan, manakala mak di belakang dengan kedua belah tangannya memegang bekal yang dibawa,” cerita Zizan kepada akhbar Berita Harian.
Sementelah kepayahan dan kesusahan yang dialami mereka itulah sebenarnya pembakar semangat buat Zizan untuk berusaha gigih dalam bidang seni.
“Itulah pengalaman zaman kanak-kanak yang tak akan saya lupakan. Walaupun motosikal itu dipinjamkan atuk, sebab ayah saya tidak mempunyai kenderaan, tetapi kami sekeluarga masih mampu pulang ke kampung untuk beraya.
“Mak saya akan siapkan bekal untuk berbuka ketika dalam perjalanan. Saya dan abang duduk di depan, manakala mak di belakang dengan kedua belah tangannya memegang bekal yang dibawa,” katanya mengimbau kembali kenangan silam.
Kini, Zizan mampu tersenyum dengan apa yang dimiliki, malah mampu membawa keluarga pulang beraya dalam keadaan jauh lebih selesa berbanding dulu. Bagaimanapun dia tidak sesekali melupakan peminat yang setia menyokong kerjaya seninya.
Justeru, saban tahun, Zizan akan mengadakan majlis rumah terbuka di kampung halamannya di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu.
“Setiap tahun, pada raya ketiga, saya akan buat rumah terbuka untuk mengeratkan lagi hubungan dengan peminat.
“Raya tahun ini pula sama saja macam tahun sebelumnya, tidak ada apa yang terlebih atau terkurang. Cuma tema baju raya tahun ini warna oren untuk satu keluarga,” katanya yang menggemari Laksa Kedah masakan ibunya, Anai Ibrahim, 55.
- mD
|