Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

'Hantu Air' Hampir Ragut Nyawa Nisha Dirr

Print E-mail
  
Thursday, 16 August 2012 03:38

..

Pelakon Nisha Dirr tidak dapat melupakan insiden yang hampir meragut nyawanya dua tahun lepas apabila dia hampir lemas ketika menjalani penggambaran filem arahan Murali Abdullah, Hantu Air, di Clearwater Sanctuary, Batu Gajah, Perak.

“Ia merupakan kenangan yang saya tak boleh lupakan apatah lagi insiden itu hampir meragut nyawa saya. Ketika itu saya sedang menjalani babak terjatuh dalam tasik dan memerlukan saya berlakon seperti orang lemas. Semuanya bermula apabila seorang penyelam menolak saya dari bawah ke permukaan air namun ketika itu saya tak sempat ambil nafas. Jadi, bila masuk balik dalam air saya hampir lemas kerana tak cukup nafas.

“Bila penyelam itu nampak keadaan saya seperti itu, dia terus tolak saya ke atas dan kru produksi yang lain tolong selamatkan saya. Dalam keadaan kelam-kabut itu, pengarah terus menterbalikkan saya dan ketika itu saya terus muntah air. Alhamdulillah saya bersyukur kerana tak ada apa-apa masalah yang teruk berlaku,” beritahunya kepada Gua.com

Selain cabaran hampir lemas, Nisha juga mengakui agak sukar untuk melakonkan watak perempuan Melayu terakhir kerana dia tidak biasa dengan karakter lembut. Ketika ditemui, pelakon berusia 29 tahun ini turut memberitahu tidak dapat melupakan kenangannya berlakon bersama arwah Pak Zami Ismail dalam filem tersebut.

“Saya agak sebak menonton filem ini memandangkan dalam Hantu Air, saya berlakon menjadi anak arwah. Arwah merupakan orang lama yang sempat saya menimba ilmu dan dia seorang yang sangat baik,” ujar Nisha yang pernah membintangi filem Man Laksa, Maut dan Seru sebelum ini.

Filem Hantu Air bakal ditayangkan pada 6 September 2012. Filem terbitan Multimedia Entertainment Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Saiful Apek, Hairi Safwan, arwah Zami Ismail, Opie Zami, Amir Raja Lawak, Angelina Tan dan ramai lagi.

Perkembangan lain, Nisha bakal muncul dengan telemovie Menanti Saat Itu, drama episod, Masak Lemak Cili Api dan Iktikad.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.