Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Kasut Ali Shaheed Dikebas Di Masjid Jamek

Print E-mail
  
Thursday, 16 August 2012 15:02

..

Selipar hilang di masjid. Itu satu berita yang sangat biasa kita semua dengar. Dan situasi itu kalau kena kat batang hidung sendiri, memang boleh mendatangkan marah (silap-silap boleh buat kurang pahala solat berjemaah). Selipar 'jepun' pun ada orang nak kebas, kan?!

Kalau anda pernah terkena, situasi yang sama juga terjadi pada bintang hip hop, rapper juga produser dari Amerika, Ali Shaheed yang berkunjung ke Malaysia untuk rangka promosi Adidas All Originals ‘Breathe And Stop’ Southeast Asia 2012 Tour.

Bagi Ali, perkara ini adalah sesuatu yang mengejutkan serta mengecewakannya. Malah dia turut menulis kekecewaannya ini di akaun Twitter rasminya.

..

Bercakap kepada Dailychilli, sebenarnya dia tidak kecewa dengan kehilangan kasutnya, tetapi dia kecewa kerana kasut itu dicuri pada bulan Ramadan. Ketika kejadian ini berlaku, pemuzik kelahiran Brooklyn, New York, United States ni sedang mengerjakan solat Asar di dalam masjid dan ini menyebabkan dia benar-benar terkilan.

“Jadi, ini adalah bulan dimana jika anda telah melakukan kesilapan sepanjang 11 bulan yang lepas, inilah masanya untuk menebus kembali kesilapan itu. Perkara yang berlaku menyebabkan saya benar-benar kecewa,” ujar Ali Shaheed.

Untuk pengetahuan, kejadian ini berlaku pada 9 Ogos lalu, sehari selepas hari lahirnya yang ke-42.

Kalau dia balik negara dia nanti, diceritakan pengalaman berada kat Malasia pada kawan-kawannya... Eh, tak payah tunggu di a balik Amerika, dia kan dah twit kasi tahu satu dunia. Adoi ai!

Sebagai rakyat Malaysia, MD rasa perkara ni sangat lah memalukan kepada kita. Mungkin juga sewaktu Ali ke sana dia memakai kasut Adidas edisi terkini dan pencuri tu pulak berkenan dengan kasut tu. Apa barang kalau tengok saja, kan... Dan tak pasal-pasal kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!




-mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.