|
|
|
Friday, 17 August 2012 01:10 |
.
Memilik paras rupa kacak. Punya kredibiliti lakonan yang mempesonakan. 'Bintang Terbaik Hallyu' ni sentiasa menjadi kegilaan ramai gadis. Dan pelakon juga model ni setakat ini belum punya kekasih. Namun baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan dia sebenarnya memilik tabiat buruk- seorang playboy dan pemabuk.
Pun begitu, tunggak utama drama berantai, Boys Over Flower ni menafikan dakwaan tersebut.
"Sebenarnya saya tak biasa minum banyak. Saya juga lebih suka menghabiskan masa duduk di rumah daripada melepak di luar. Tapi kalau saya mula rapat dengan seseorang, ramai yang cakap saya berbeza dengan imej dan personaliti sebenar saya.", katanya kepada Soompi baru-baru ini.
Sebelum ini Min Ho pernah menjalin hubungan istimewa dengan pasangannya dalam drama City Hunter, aktres Park Min Young. Namun mereka dikhabarkan sudah berpisah.
Apapun bagi Min Ho 'karakternya itu' menjadi kelebihannya. Malah di tidak kisah di anggap sebagai seseorang yang berbeza dengan dirinya di dunia realiti.
Dalam perkembangan lain, Min Ho kini sibuk menjalani pengambaran filem Faith. Dia juga mendedahkan gara-gara jadual yang padat dia telah kehilangan berat badan sebanyak 7 kg.
.
- mD
|