Raya Di Mana? & Salam Aidilfitri Daripada Selebriti Popular |
|
|
| Farahanim Rahim | |||
| Friday, 17 August 2012 11:42 | |||
|
Kalau tiada ada aral melintang pukang, InsyaAllah lusa (19 Ogos, Ahad) seluruh umat Islam di Malaysia akan meraikan hari kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa, hari raya Aidilfitri. Amacam? Dah habis buat persiapan? Oleh sebab semuanya dah dalam mood raya, selain kami hadapkan video ucapan raya dari artis kesayangan anda, berikut ucapan ringkas daripada sebahagian lagi para selebriti popular tanah air! Cekidaut!
Assalamualaikum semua. Tahun ini Siti akan menyambut 1 Syawal di tanah suci Mekah. Balik nanti Siti akan beraya di Kuala Lumpur, Pahang dan kampung suami, di Kedah. Persiapan raya tak ada apa sangat, biasa-biasa saja. Di kesempatan ini Siti ingin mengucapkan salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Hati-hati semasa memandu. Ambil peluang ni untuk kita bersama meraikan hari yang mulia ni keluarga. Salam sayang untuk semua peminat.
Assalamualaikum, selamat hari raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca dan peminat saya. Pada yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Tahun ni saya akan beraya di Alor Setar, Kedah. Persiapan tak ada apa sangat, segalanya serba sederhana.
Kepada semua peminat, saya menyusun 10 jari, memohon ampun dan maaf kalau-kalau saya ada buat salah, terkasar bahasa ker... Raya kali ni saya balik Bukit Mertajam, Penang. Pada yang memandu, hati-hati, ingatlah orang tersayang. Kalau makan rendang, ketupat, rendang tu ingat-ingat lah kat saya (hehehe). Selamat hari raya semua! Assalamualaikum!
Tahun ni saya beraya di Klang, Selangor. Persiapan tu tidaklah terlalu beria-ria sangat. Sederhana saja. Tahun ini saya hanya tempah dua pasang baju raya sahaja daripada Wanpa. Kalau ikut perancangan awal, hari raya ini saya mahu bercuti ke Krabi bersama-sama kakak saya. Tapi tidak jadi sebab kakak saya tidak dapat pulang awal ke sini. Nampaknya, hari raya ini saya akan habiskan masa di Lembah Klang sahaja lah. Di kesempatan ini, saya nak mohon maaf andai ada salah dan silap saya yang menguris hati mana-mana pihak. Selamat bergembira bersama keluarga tercinta! Selamat hari raya!
Tahun pertama kami beraya bersama sebagai suami isteri. Baju raya 3 pasang. Awal sendiri rasa teruja dan gementar kerana keluarga Scha besar. Baju raya kami tiga pasang. Tahun ni, raya pertama kami beraya di rumah keluarga Scha di Sri Hartamas. Selepas tu beraya di rumah keluarga saya di Subang. Dan kemudian kami akan pulang ke kampung Scha di Sungai Petani, Kedah. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami berdua.
Assalamualaikum semua. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri walau dimana jua anda berada. Mohon maaf andai ada salah dan silap selama ini. Tahun ni saya tak balik ke Johor, saya sambut raya di Kuala Lumpur.
Maya ucapkan Selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat semua pembaca. Pada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Di hari yang mulia ni mari sama-sama kita bermaafan dan eratkan silaturrahim. Selamat makan rendang-ketupat dan kuih raya. Tahun ni saya beraya di Pulau Pinang dan akan berada di sana beberapa hari.
Selamat menyambut hari raya Aidilftri kepada semua pembaca dan peminat. Salah dan silap harap dimaafkan. Seperti kebiasaan, saya akan balik ke Hatyai, Thailand.
Hai, Assalamualaikum semua! Saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri. Saya menyusun 10 jari memohon maaf anda ada salah dan silap selama ni. Tahun ni saya akan beraya di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Raya keempat nanti saya akan pergi bercuti di Pulau Watamu, Kenya.
Saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari rayaTahun ni buat pertama kali saya sambut pagi 1 Syawal tanpa di sisi keluarga kerana terpaksa bertugas di program Nasi Lemak Kopi O. Tapi lepas jer bersiaran, saya akan terus balik ke Kelantan. Di kesempaatan ni saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir Batin.
Lisa dan suami ingin ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Alhmadulilah kami akan menyambut lebaran di rumah baru kami yang terletak di di Country Height Resort, Kajang. Keluarga Lisa pun turut beraya di rumah kami nanti. Menu istimewa keluarga kami tahun ni ialah nasi beriani Arab untuk hidangan pagi Raya.
Tak ada apa persiapan sangat. Sebab lagipun setiap kali raya keluarga saya abil kesempatan untuk bercuti di luar negara. Saya pula, akan pergi bercuti ke Korea bersama kawan-kawan. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua peminat dan umat Islam di seluruh dunia.
Lofa ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya, mohon maaf salah dan silap. Tak dapat nak buat persiapa sangat sebab sibuk dengan shooting. Segalanya serba sederhana saja. Lofa beraya di Kuala Lumpur dan di Kelantan.
Alhamdulillah setelah genap sebulan kita berpuasa, kini tiba kita meraikan hari kemenangan. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Saya akan beraya di Kuala Lumpur.
Seperti setiap tahun, saya beraya di Kampung Pandan dan kampung baru. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca dan peminat! Hati-hati di jalan raya. Kawal pemakanan anda dan semoga gembira bersama keluarga!
Saya dan suami ingin mengucapakan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua. Kali ni kami buat persiapan menghias rumah tapi tidak lah keluar bajet yang besar. Sederhana jer. Raya kat sini. Pagi Syawal saya beraya bersama keluarga suami di Ampang. Lepas tu balik ke rumah ibu saya di Bangsar.
Persiapan raya, saya banyak lebihkan pada anak-anak.Awal-awal lagi saya dah tempahkan baju melayu untuk mereka sebab takut tak sempat.Lagipun saya sibuk dengan penggambaran. Saya dan anak-anak akan balik beraya di Perlis untuk beberapa hari. Saya ingin mengucapkan salam Aidilfitri buat semua, maaf zahir dan batin.
Sejak dari dahulu lagi saya tidak begitu terlalu beria-ia untuk menyediakan persiapan raya yang meriah cukup sekadar yang ringkas. Tapi yang penting sambutan raya kami sekeluarga meriah! Saya akan beraya di rumah ibu bapa saya di Bandar Seri Damansara. Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin.
Selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin. Ayu dan suami buat persiapan sederhana saja. Baju raya tahun ni enam pasang. Tahun ni, raya pertama di kampung suami di Seremban, Negeri Sembilan. Raya kedua nanti baru balik kampung Ayu, di Kedah.
Tahun ni saya balik raya ke Johor Bahru. Tak buat banyak persiapan pun. Cuti raya pun tak lama sebab saya perlu balik ke kuala lumpur untuk shooting. Baju raya pun saya tak beli, ada baju yang lama dan masih elok lagi. Di kesempatan ni saya nak ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua.
-mD
|
































.jpg)











