Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Avril Lavigne Kini Tunangan Chad Kroeger, Terima Cincin Berlian 14 Karat

Print E-mail
  
Thursday, 23 August 2012 02:08

..

Selepas hampir enam bulan menjalin hubungan dalam dia diam, penyanyi Pop sensasi, Avril Lavigne dikhabarkan telah bertunang dengan vokalis kumpulan Rock, Nickelback, Chad Kroeger, pada Selasa lalu.

Memetik kenyataan Us Weekly, Kroeger telah melamar Avril pada 8 Ogos lalu dengan menghadiahkan penyanyi yang hits dengan lalu Wish You Were Here itu dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian 14 karat.

Baru-baru ini juga menerusi laman Twitternya Avril memberitahu yang dia akan berkolaborasi dengan tunangnya itu pada Februari depan. Selain turut berkongsi sekeping foto mesra mereka berdua di dalam studio.

..

Bagaimanapun, sehingga kini pasangan yang popular dengan jolokan nama "Chavril" ni nampaknya masih ingin merahsiakannya mengenai pertunangan mereka apabila kedua-duanya lebih tertarik untuk bercerita tentang karier mereka.

"Kami akan berkolaborasi dalam beberapa lagu," kata Kroeger.

Avril sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis juga gitaris kumpulan Sum 41, Deryck Whibley. Mereka melangsungkan perkahwinan secara tertutup dan hanya di hadiri seramai 110 tetamu sahaja di sebuah ladang yang terletak di Montecito, California pada 15 July 2006. Namun selepas tiga tahun, mereka akhirnya bercerai dan pengumuman rasmi telah dibuat pada 17 September 2009.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.