Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Jue Aziz Sangkal Jalin Hubungan Dengan Aidil Zafuan

Print E-mail
  
Friday, 24 August 2012 01:34

..

Pelakon Jue Aziz menerusi akhbar Kosmo! semalam, menegaskan yang dia tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan yang juga kini masih suami kepada pelakon Rita Rudaini.

Namun, aktress berusia 29 tahun ini tidak menafikan yang beliau memang mengenali Aidil Zafuan secara peribadi tetapi hubungan mereka sekadar kawan biasa.

“Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk,” ujar Jue Aziz yang kecewa dengan gossip ini.

“Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan jujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu.”

Menariknya, Jue Aziz mendakwa yang dia tahu gossip ini timbul angkara siapa kerana ianya turut melibatkan nama pelakon Ayu Raudhah.

Jue juga menuntut bukti daripada individu yang menyebarkan gosip tersebut.

“Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah,” tambahnya lagi.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.