Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Forteen Minta Masyarakat Berhenti Tuduh Mereka Sebagai Gay

Print E-mail
  
Saturday, 25 August 2012 03:10

1414

Kumpulan vokal yang popular dengan lagu Berdua Bersatu, Forteen, nyata kecewa dengan tanggpan segelintir masyarakat yang melabelkan mereka sebagai lelaki gay hanya kerana penampilan mereka yang kemas dan bergaya. Walhal imej dan fesyen yang mereka gayakan hanyalah penampilan luaran mengikut konsep muzik yang dipertaruhkan.

“Memang sudah banyak kali kami dengar mengenai tuduhan kononnya Forteen adalah kumpulan lelaki gay dan songsang kerana imej yang kami tonjolkan.

“Orang perlu tahu bahawa imej dan fesyen ini hanya luaran sahaja. Hakikatnya, kami adalah lelaki sejati,” kata salah seorang anggota kumpulan tersebut, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22, (Izzue) kepada portal mStar baru-baru ini.

Selain Izzue, Forteen dianggotai tiga lagi anak muda iaitu Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abd Hamid, 23, Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau One, 23, dan Ameer atau Mohammad Arif Ameerais Azhar, 22 tahun.

Bagaimanapun kata Ariz, dakwaan itu tidak menjadi isu besar kerana ibu bapamereka mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Apatahlagi sejak awal kemunculan perkara ini sudah timbul, dan mereka mengambil pendekatan untuk tenang menghadapinya. Bahkan persepsi negatif umum itu terpaksa ditelan dan menganggap inilah harga yang perlu dibayar sebagai seorang anak seni.
 
“Ibu bapa tahu siapa diri kami. Persepsi liar orang adalah harga yang perlu kami bayar kerana bergelar artis,” katanya.

“Bagi saya lebih mudah apabila kami tutup telinga sahaja daripada memikirkan dakwaan orang yang tidak tahu cerita sebenar.

“Saya banyak menasihatkan rakan-rakan lain agar lebih kuat dan berani hadapi tuduhan ini kerana mereka tertekan ketika cerita ini mula-mula timbul,” ujar Ameer.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.