Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Zahiril & Shera Sedia Timang Cahaya Tapi...

Print E-mail
  
Monday, 27 August 2012 10:57

..

Pasangan suami isteri, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob memberitahu yang mereka sudah bersedia memikul tanggungjawab untuk bergelar ayah dan ibu namun mengharapkan rezeki itu tiba selepas kerja-kerja lakonannya selesai.

Bercakap kepada mStar, Shera berkata, keinginan itu sudah pun wujud selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zahiril Adzim pada November tahun lalu dan sedang menunggu sekiranya dikurniakan Allah rezeki sebagai pengikat cintanya dengan suami.

"Sebenarnya saya sudah lama bersedia untuk timang anak dan tidak kisah bila-bila sahaja untuk menerima anugerah Allah itu.

"Bagaimanapun, kalau boleh, biarlah kerja-kerja lakonan yang sedia ada selesai, baru mudah untuk saya menguruskan diri,"

Tambah Shera, sejak menceburkan diri dalam bidang lakonan menerusi filem Karak terbitan KRU, tawaran berlakon yang diterimanya tidak pernah putus membuatkan dia kini lebih memberi fokus dalam bidang tersebut.

"Alhamdulillah, banyak rezeki yang saya terima datang daripada tawaran berlakon. Untuk tahun ini sahaja, saya akan muncul dalam filem “Juvana” dan “Psiko”.

"Malah saya turut dipanggil dari sebuah majalah di Indonesia untuk menjadi penghias muka depan majalah itu. Mungkin juga ia satu peluang untuk saya melebarkan sayap kerjaya seni di negara seberang pula," ujarnya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.