Penangan PSY, Sindrom "Gangnam Style" Kutip Lebih RM31 Juta! |
|
|
| Monday, 27 August 2012 14:31 | |||
|
Dunia hari ini dilanda fenomena PSY . Atau lebih tepat, sekarang ni ramai yang dah diserang sindrom "oppa gangnam style". Termasuklah dua rakan sekerja kami, Faizul dan Ida, sambil ketuk stori, sambil-sambil tu diorang praktis menari. Ida siap dah hafal lirik, bersungguh betul dia. Heh. (Ida jangan marah. Happy besday!:p) Impresif, gara-gara koreografi single tersebut, PSY bukan saja dah 'merasuk' Faizul, Ida dan terbaru Shaik, bahkan sepertimana yang ramai tahu, menerusi Gangnam Style, PSY telah berjaya meraih lebih 50 juta penonton di YouTube (dalam masa 3 hari). Sekaligus lagu itu menduduki tangga no.2 (dibelakang Carly Rae Jepsen's menerusi lagu Call Me Maybe) dalam carta muzik YouTube. Serta mendapat liputan pelbagai media dunia seperti CNN dan The Huffington Post. Dan tenyata, populariti yang dikecapi empunya nama penuh Park Jae-Sang ni, di seluruh dunia menerusi single hitsnya tu menjadikan rapper sensasi kelahiran Korea Selatan ni berjaya mengaut lebih US$10 juta (RM31 juta) sehingga hari ini. Tolak darab campur bahagi, pendapatan yang diraih single Gangnam Style melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satunya bernilai mencecah lebih US$400,000 dan sekarang ni PSY mempunyai 10 kontrak. Pehhh!
Tak lama kemudian T-Pain respon:
Seorang lagi penyanyi popular Amerika, Nelly Furtado juga ikut sama terkena sindrom 'oppa gangnam style'. Penyanyi yang popular dengan lagu I'm Like A Bird ni telah membuat persembahan istimewa menari ala Gangnam Style sewaktu di konsertnya di Manila, baru-baru ini. Sempoi.
- mD
|














.jpg)











