Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Leeteuk Ucap Salam Perpisahan Kepada Peminat

Print E-mail
  
Tuesday, 28 August 2012 09:01

..

Ketua kumpulan Kpop sensasi, Super Junior, Leeteuk nampaknya sudah siap sedia untuk meninggalkan dunia hiburan dan para peminatnya. Tapi ELF (gelaran untuk peminat-peminat setia Super Junior), adakah anda bersedia?

Namun pemergian Leeteuk hanyalah buat sementara waktu untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai warganegara Korea, bagi menjalani latihan khidmat negara.

Selama dua tahun, ELF akan kehilangan seorang penyanyi yang dikenali sebagai 'abang' juga ketua yang cukup berdedikasi ini.

Semalam, jejaka berusia 29 tahun ni mengucapkan salam perpisahan buat peminat menerusi akaun Twitternya. Kebetulan juga,  sewaktu tampil di konsert MoA di Guangzhou, China, baru-baru ini, diumumkan itu adalah sebagai konsert terakhir Leeteuk di luar Korea.

"Buat ELF China yang memberikan kami hadiah! Terima kasih dan kami mencintai kalian! Hari ini kami kongsikan cinta dan kebahagiaan kami. Saya akan kembali pada kalian dalam 2 tahun lagi! Terima kasih!" tulis Leeteuk.

Leeteuk dalam pada itu mengakui berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan fansnya untuk sementara waktu. Namun dia tak punya pilihan lain. Difahamkan Leeteuk akan mula menjalani lathan pada 17 September depan.

"seperkara yang paling membuatkan saya sedih adalah terpaksa meninggalkan kamu semua. Tapi saya kembali dengan lebih baik nanti. Saya berjanji. Jaga adik-adikku, (ditujukan kepada anggota Super Junior). Aku akan mengawasi kalian semua. Aku sayang kamu semua!" tambahnya.

Awal minggu lalu, produksti MBC memaklumkan, We Got Married musim baru (program realiti yang melibatkan Leeteuk dan pelakon Kang So Ra aka "TeukSora") akan di sambung pengambarannya selepas Leeteuk tamat latihan khidmat negara, kelak.

Sementara itu, seorang lagi anggota Super Junior iaitu Heechul, kini sedang dalam latihan khidmat negara sejak 1 September tahun lalu. Kangin pula telah kembali menyertai SuJu selepas berjaya menamatkan latihan sekitar bulan April tahun ini.
Manakala lapan lagi anggota yang masih aktif terdiri daripada Yesung, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, dan Kyuhyun.

Super JuniorSuper Junior

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.