Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Beego Beraya di Kelab Hiburan?

Print E-mail
  
Tuesday, 28 August 2012 09:06

..

Seakan sudah sinonim dengan cerita panas, nama pelakon ni sekali lagi menjadi sebutan ramai. Belum pun tamat isu kes khalwat yang membabitkan beliau yang kini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah, Beego berdepan dengan satu lagu dakwaan liar - aktor ini dikatakan beraya di kelab hiburan.

Dua keping gambar yang terpampang di sebuah blog hiburan, Rotikaya ni, menunjukkan seorang lelaki yang wajahnya mirip wajah Beego bersama rakan-rakannya sedang berseronok di sebuah kelab hiburan.

Menariknya, menurut sumber yang mendakwa sebagai rakan kepada rakan Beego ini, gambar ini di rakamkan sekitar minggu lalu ketika kita semua masih dalam mood Aidilfitri.

Sama ada benar atau tidak dakwaan ini, hanya tuan punya badan yang tahu. Apapun, setakat ini tidak pula di dengar tentang dakwaan lain seperti lelaki yang dikatakan Beego ini berkelakuan kurang sopan ataupun meneguk minuman keras. Hanya gambar. Bak kata seorang kawan, sekurang kurangnya ini bukan gambar bogel ala Putera Harry lah, kan?

..

..

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.