|
|
|
Tuesday, 28 August 2012 13:04 |
.
Dua hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Syawal, kita dikejutkan dengan berita mengenai cahaya mata sulung bekas pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini, yang diberi nama Maryam Joanna telah kembali ke rahmatullah akibat jatuh dari katil dan lemas selepas 2 hari dilahirkan. Takziah daripada MD buat Rini sekeluarga.
Ibu mana yang tidak sedih dengan pemergian anaknya apatahlagi arwah hanya sempat menikmati kehidupan di dunia dalam tempoh 10 hari saja.
Sungguhpun begitu, Rini redha dengan ketentuan-Nya. Namun penyanyi yang belum habis pantang ini meminta agar pihak media menunggu masa sesuai untuknya berkongsi cerita tentang pemergian anaknya itu.
"Minta maaf ya. Saya masih belum bersedia untuk di temuramah apa-apa lagi. Sorry sangat-sangat," kata Rini menerusi kiriman SMS kepada laman portal murai.com
Dalam masa yang sama, Rini mengucapkan terima kasih kerana memahami keadaannya itu.
Maryam Joanna dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 9 Ogos 2012. Malangnya, arwah dilaporkan jatuh dari katil pada 11 Ogos lalu. Akibatnya bayi itu lemas kerana tertiarap terlalu lama ketika tidur dan diberitakan dalam keadaan kritikal. Maryam Joanna Johanis disahkan meninggal dunia pada 17 Ogos di Hospital Kajang.
- mD
- mD
|