Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Layan Isteri Mengidam, Fezrul Cari Yong Tau Foo Jam 3 Pagi

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 29 August 2012 08:15

..

Pelakon Fezrul Khan, 30, memberitahu sejak isterinya Noorhafizah Zukafli atau Fifi, 28, disahkan hamil, dia sedaya upaya memenuhi permintaan isterinya yang mengidam walaupun ketika waktu sudah melewati jam 3 pagi.

"Alhamdulillah, isteri saya kini hamil 4 minggu. Ketika diberitahu, saya terkejut kerana tidak menyangka yang kami akan menimang cahaya mata sulung dalam masa terdekat ni. Kami tidak merancang namun bersyukur kerana dimurahkan rezeki. Dan anak kami bakal lahir pada bulan Mac tahun depan,

"Sehingga sekarang dia masih mengalami alahan muntah-muntah. Tak kurang juga mengidam. Pening juga lah dibuatnya bila jam 2, 3 pagi dia nak nasi lemak lah, yong tau foo lah. Tapi saya tetap layankan jer. Sampai ke uptown Ampang saya cari yong tau foo", kata pelakon pelakon drama bersiri Bini-Biniku Perkasa (BBP) ni ketika ditemui di majlis pelancaran drama tersebut, di Sri Pentas TV3, semalam.

Fezrul bernikah dengan Fifi pada 5 Mei 2012. Bercerita mengenai kehidupannya setelah bergelar suami, Fezrul berkata tidak banyak perubahan antara hidupnya sewaktu bujang dan selepas berkahwin.

"Tak banyak beza sangat. Segalanya berjalan seperti biasa. Cuma kini saya dah berteman. Itu saja", ujarnya ringkas.

 Kahwin Dua?

Fezrul Khan bersama Intan Ladyana (kiri) dan Yana Samsudin Fezrul Khan bersama Intan Ladyana (kiri) dan Yana Samsudin

Sementara itu, menyentuh mengenai lakonannya dalam BBP, Fezrul membawakan watak Hairi, seorang lelaki lurus bendul yang berkahwin dua. Filem arahan Ismail Bob Hashim ni diadaptasi daripada filem Bini-Biniku Gangster (BBG). Dan drama ini juga dibawah arahan pengarah sama.

Kalau di dalam filem, Shaheizy Sam diberi kepercayaan untuk menghidupkan watak Hairi. Tetapi di dalam drama 13 epsisod ni, Fezrul pula diberi peluang sebagai tunggak utama.

Kata Fezrul, karakter yang perlu dipotrey tidaklah terlalu berat memandangkan ini filem komedi. Sebagai memberi kelainan, dia membawakan watak tersebut dengan cara tersendiri.

Namun tidak dinafi, timbul rasa bimbang dengan respon penonton terhadap lakonannya seandai dibeza-bandingkan dengan Shaheizy Sam.

"Saya ada tonton filem BBG.  Tapi drama tak ikut 100% watak Sam dalam filem. Saya cuba intepretasikan dengan cara saya sendiri. Tapi saya takut juga kalau penonton bandingkan saya dengan Sam. Dia terbaik, saya ni biasa-biasa saja.

"Saya juga banyak belajar dari Yana dan Intan. Apapun setiap kali diberikan watak, saya cuba untuk jiwai sebaik mungkin dan setiap kritikan saya akan belajar memperbaiki. Harap penonton boleh terima", katanya.

Drama yang masih lagi dalam pengambaran ni turut dibintangi Yana Samsudin dan Intan Ladyana, Fadzil Zahari, Nizam Zaidi dan ramai lagi.

Secara ringkas, BBP mengisahkan Hairi yang terpaksa berdepan dengan ragam dua isterinya iaitu Manja (Yana Samsudin ) dan Riana (Inta Ladyana). Rumah tangga mereka dilanda konflik apabila Manja terpaksa melibatkan dirinya semula dalam kegiatan gangster. Sejak itu Hairi mula bersikap dingin dengan Manja sebaliknya lebih memberi perhatian kepada Riana.

Namun apa yang Riana tidak tahu adalah, sebenarnya ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat kepada ayah manja. Kenapakah Manja kembali terjebak dengan kegiatan gangster? Apakah kesudahan cerita ini? Jangan lupa saksikan Bini-Biniku Perkasa menerusi slot Aksi, bermula 3 September ini, setiap Isnin jam 9 malam.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.