|
Farahanim Rahim
|
|
Wednesday, 29 August 2012 09:16 |
Foto oleh Cipotredz
Cukup gangster ker tidak? Kalau anda rasa tindakan Yana itu cukup gangster, jangan lupa saksikan drama terbaru lakonannya, Bini-Biniku Perkasa, mulai 3 September, di TV3.
Disebabkan terlalu menjiwai watak Manja (gadis yang berasal dari keluarga gangster) pelakon ini secara tidak sengaja telah terpijak muka salah seorang pelakon lagak ngeri ketika di set drama bersiri terbitan MIG Production ini.
Ketika ditemui, Yana memberitahu tidak banyak perbezaan di antara karakternya di dalam filem Bini-Biniku Gangster (BBG) dan di dalam drama tersebut. Cuma kalau di dalam filem, Manja memakai kostum tetapi untuk drama 13 episod ini, Manja berlawan dengan musuh tak kira dalam apa jua penampilannya. Selain, menuntut Yana lebih banyak melakukan aksi berlawan.
"Dalam filem saya pakai kostum. Tapi dalam drama, kalau katakan saya pakai skirt dan masa tu ada musuh, dengan skirt skirt tu jugalah saya lawan mereka. Tapi ada juga beberapa babak dalam filem yang telah diubah untuk menyesuaikan dengan taraf klasifikasi tontonan umum (U).
"Dalam drama tak seberat filem cuma saya 'masak' gak lah sebab ada banyak babak berlawan. Ada 26 babak. Sebelum ni, pengambaran dijalankan dalam bulan puasa, jadi bila babak berlawan tu memang satu cabaran besar.
"Sampai ada satu ketika tu, saya terpijak dan tertumbuk betul-betul kepala seorang stuntman masa buat aksi berlawan. Selepas daripada kejadian tu, saya jadi sedikit takut dan lebih berhati-hati bila nak buat babak seterusnya", kata Yana ketika di sidang media drama Bini-Biniku Perkasa di Sri Pentas, TV3, semalam.
Bagi melakukan adegan berlawan ala 'street figthing' itu, Yana dan para pelakon lain mendapat tunjuk ajar daripada seorang koreografer bernama Ruben, juga koreografer yang sama untuk filem sebelum ini.
Sementara itu, mengulas mengenai gandingannya bersama Fezrul Khan, Yana berkata Fezrul jauh berbeza dengan Sam (Shaheizy Sam yang memengang watak Hairi dalam filem Bini-Biniku Gangster). Malah memuji cara aktor menginterpretasikan wataknya.
"Fezrul okay! Ni pertama kali saya digandingkan dengan dia untuk cerita komedi. Dia ada cara tersendiri dan saya suka komedi dia", ujarnya.
- mD
|