Foto oleh Cipotredz
Hubungannya cintanya dengan penyanyi dari Indonesia, Sammy Simorangkir bukanlah rahsia. Kerana sejak dari awal lagi personaliti TV, Nadia Sharul Annuar atau lebih dikenali sebagai Nadia Annuar ni telah berterus terang bahwa dia milik penyanyi yang popular dengan lagu Sedang Apa Dan Dimana itu. Ini berikutan kedua-duanya tanpa segan silu pernah meluahkan rasa cinta juga rindu sesama mereka, di laman Twitter.
Berpeluang bertemu pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) ni di majlis rumah terbuka Wanita Hari Ini (WHI) TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam, MD sempat bertanyakan mengenai perkembangan hubungannya dengan bekas vokalis kumpulan Kerispatih itu.
"Hubungan kami Baru beberapa bulan saja. Allhamdulillah, kami okay. Doakan yang terbaik untuk kami. Saya memang pernah jumpa beberapa ahli keluarganya sebelum ni. Ada yang saya jumpa di sini ada yang saya jumpa ketika saya ke sana. Dalam sebulan tu saya akan pergi ke Jakarta paling kurang dua kali untuk berjumpa dengannya. Dia pula sibuk kerja jadi kalau dia ada masa dia akan datang sini," kata wanita berusia 28 tahun ini dengan nada ceria.
Nadia memberitahu dia tidak ada masalah dengan perhubungan jarak jauh. Kerana paling penting dia dan Sammy berpengang pada satu perkara iaitu, percaya.
"Semestinya kalau percintaan jarak dekat lebih senang lah untuk kami berdua. Tapi bila fikirkan semula, ada baiknya perhubungan jarak jauh sebab sekurang-kurangnya boleh elakkan maksiat. Kalau jarak dekat ni nanti macam-macam bole jadi macam pengang-pengan tangan dan sebagainya. Kita dah lah public figure, nak kena jaga semua tu.
Jadi percintaan jarak jauh ni, pekara paling penting sekali kita kena percaya antara satu sama lain. Lagipun teknologi sekarang dah lebih canggih, kita ada Twitter, Skype, BBM dan sebagainya. Jadi tiada sebarang masalah untuk berkomunikasi", katanya.
Ditanya mengenai timbul dakwaan yang kekasihnya itu kononnya bermain kayu tiga ekoran tersebar gambar Sammy bersama perempuan lain, Nadia berkata,
"Kita kena faham muzik industri di Indonesia, tak sama dengan muzik indusrti muzik di sini. Sekiranya mereka tak dapat bersaingan secara sihat, mereka akan bersaing secara tidak sihat. Jadi berkenaan gambar dia yang dikatakan tu, ia adalah konspirasi cubaan untuk menjatuhkan dia.
Dakwaan tu tak benar sebab masa perkara itu timbul, saya ada di sana. Saya tahu jado semua cerita dari A to Z. Saya percaya dia. Kalau tak percaya, susah lah nak kekalkan perhubungan ini", tutur Nadia yang juga tidak menolak terdapat pelbagai cabaran yang harus mereka berdua tempuhi.
Tatkala diaju soalan, apa yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk menerima Sammy, jelas ibu tunggal ni,
Nadia dan Sammy
"Tuhan yang bukakan pintu hati saya untuk terima dia. Ada beberapa insiden kebetulan yang 'mempertemukan' kami. Sebelum ni saya tak kenal dia, tak tahu lagu dia. Saya hanya kenal dia lepas saya menerumahnya ketika dia hadir di studio MHI.
Kemudian masa tu pula dia turut menyanyi. Jadi, masa tu hati dah 10% tertawan dengan kelunakan suaranya", kata Nadia secara berseloroh.
Selain itu, sifat kelakar, bertanggungjawab, ikhlas, saling memahami yang menarik perhatian Nadia terhadap jejaka itu.
"Kami ada sejarah masing-masing dan kami saling menerima seadanya. Cuma setakat ini anak saya belum lagi berjumpa dengan Sammy. Buat masa ini dsaya tak mahu libatkan anak dalam hubungan kami InsyaAllah kalau hubungan kami berpnajang dan kalau ada jodoh, bila tiba masanya nanti baru saya akan bawanya berjumpa Sammy.
Nadia pernah berkahwin ketika diusia 21 tahun namun bercerai. Hasil perkahwinan terdahulunya, Nadia dikurniakan anak lelaki, Aaron Erwin yang kini berusia 5 tahun.
- mD