|
|
|
Thursday, 30 August 2012 10:54 |
.
Mungkin kita sudah boleh kata, "cukup-cukup lah dengan cerita seram". Buktinya, sejak ditayangkan 12 hari lalu, filem berjudul Seram Sejuk terbitan MIG itu hanya berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM1 juta. Menurut produsernya, David Teo, kutipan itu tidaklah mengecewakan kerana penurunan dan peningkatan satu-satu kutipan filem adalah perkara biasa, janji balik modal!
Lagipun filem seram lain terbitan MIG seperti Sumpahan Kum Kum dan Hantu Botol Kicap, hanya dapat mengutip RM1 juta lebih saja.
Tambahnya, antara sebab filem seram semakin kurang mendapat sambutan kerana penonton sudah biasa menonton pelbagai drama seram yang banyak disiarkan di televisyen.
Filem Seram Sejuk merupakan arahan Azhari Zain yang menampilkan Angah Raja Lawak, Wawa Zainal, Zul Suphian, Fyza Kader, Eddy Rauf, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat dan Zaidi Omar.
Menyedari keuntungan kini tidak boleh lagi bergantung kepada kutipan tiket filem seram semata-mata, MD dengar MIG sekarang sedang melakukan kaji selidik untuk mencari formula baru. Dalam erti kata lain, pihak penerbitan itu sedang mencari genre baru untuk disajikan kepada penonton dan pembaharuan itu akan dilakukan pada tahun depan.
Anda mahukan sesuatu yang baru? Filem bergenre baru, biografi-fantasi berjudul 29 Februari mula ditayangkan hari ini! Jom, tengok wayang!
- mD
|