Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Foto: Majlis Khatam Al- Quran Izreen Azminda, Nikah Malam Ini

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Thursday, 30 August 2012 17:19

..

Beberapa jam sebelum diijabkabulkan dengan si pilihan hatinya, pelakon Izreen Azminda secara eksklusif berkongsi dua keping gambar sekitar majlis khatam al-Quran beliau yang berlangsung petang tadi.

Dua keping gambar yang dikirimkan Izreen Azminda kepada Media Hiburan ni sebagai tanda terima kasihnya kepada majalah itu sekaligus buat tatapan peminat.

Pelakon drama bersiri popular Juvana ni bakal bergelar isteri kepada Muhamad Riza Baharudin (Riza) dalam majlis akad nikah malam ini yang akan diadakan di kediaman ibu bapa Izreen yang terletak di Alor Setar, Kedah.

“Tarikh 30 Ogos dipilih memandangkan ia ulang tahun kelahiran saya. Ia secara tidak langsung memudahkan saya mengingati ulang tahun perkahwinan selepas ini”, katanya.

Tahniah dan terlebih dulu MD ucapkan selamat pengantin baru buat bakal pasangan mempelai dan semoga jodoh kalian berpanjang hingga ke akhir hayat.

Berikut dua keping gambar yang dipetik dari Media Hiburan online untuk tatapan anda.

..

..

 

- mD

 

 





 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.