Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Nichkhun Didenda RM12,000

Print E-mail
  
Friday, 31 August 2012 01:05

..

Anggota kumpulan 2PM, Nichkhun, dikenakan denda sebanyak 4 juta KRW (lebih kurang RM12,000) atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol (DUI) baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Pendakwa Raya Seoul,
"Kes siasatan terhadap Nichkhun sudah selesai. Tiada sebarang kecederaan serius, dan tahap alkohol dalam darahnya rendah. Jadi kes itu diselesaikan dengan segera oleh hakim (tanpa melibatkan juri)."

Pada 24 Julai lalu kira-kira jam 3:30 pagi, Nichkhun telibat dalam satu kemalangan kecil di Gangnam ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandunya telah melanggar sebuah motosikal dari arah belakang.

Hasil ujian mendapati tahap pengaruh alkohol dalam darah Nichkhun, sebanyak 0,056%.

 

- mD

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.