Akrab Dengan Ana, Anas Didakwa Curang Dengan Kekasih? |
|
|
| Friday, 31 August 2012 01:16 | |||
|
Penyanyi Anas (Mentor 6) menjelaskan keakrabannya dengan salah seorang protoge bagi musim lalu iaitu Ana Syuhada Noor Asram atau Ana, hanya lah berlandaskan hubungan persahabatan. Kemesraannya dengan bekas protege kepada Ramlah Ram itu menimbulkan spekulasi bahawa mereka kini bercinta. Tambah panas, Anas dikatakan sedang bermain kayu tiga dengan kekasihnya. Memetik kenyataan di mStar, pelantun Hanya Dirimu ni dia dan Ana mulai rapat sejak dalam Mentor. Mereka serasi dan Anas sendiri banyak berkongsi ilmu mengenai aspek vokal. Anas menegaskan dia dan Ana hanya kawan biasa.
Sementara dakwaan dia kononnya berlaku curang kepada kekasihnya yang dikenali lebih lima tahun lalu selepas intim dengan Ana, protoge kepada Faizal Tahir ni memilih untuk tidak mahu mengulas mengenai hal itu.
|













.jpg)











