Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Abby, Bob Lokman Meriahkan Himpunan 'Janji Demokrasi'

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Friday, 31 August 2012 13:59

Abby jadi perhatian ketika hadir di Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.Abby jadi perhatian ketika hadir di Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Malam tadi dikala seluruh rakyat Malaysia walau di mana jua mereka berada menantikan detik-detik tibanya 31 Ogos, detik bersejarah bagi meyambut Hari Kemerdekaan ke-55 (hari ini), kalau suasana di KLCC meriah, suasana di Dataran Merdeka juga tidak kurang hebatnya.

Ini berikutan keadaan penuh sesak gara-gara 'Himpunan Janji Demokrasi' yang dianjurkan oleh sekumpulan aktivis. Rata-rata orang ramai yang hadir memakai baju kuning.

Okay, bukan kami nak sibuk-sibuk pasal hal politik. Tapi apa yang nak dikongsi di sini, dalam kira-kira 10,000 orang yang hadir tu, sempat juga lensa kamera kami merakamkan kelibat beberapa orang artis yang turut sama memeriakan himpunan tersebut.

Pelakon yang kini semakin ligat dengan aktiviti ceramah motivasinya di sana sini, siapa lagi kalau bukan Abby Abadi (gambar) juga dilihat hadir ke himpunan ini. Jelas menunjukkan kehadirannya itu ini sebagai tanda sokongan.

Difahamkan Abby tiba di dataran kira-kira jam 12 malam. Lantaran dia menjadi perhatian ramai ketika melangkah menuju ke kawasan hadapan tempat perhimpunan. Abby hadir dengan memakai baju kuning dan dia cuba menutup separuh wajahnya dengan tudungnya saat diserbu beberapa peminat sekeliling.

Menurut jurukamera berdedikasi kami, Shaik Mohamad Amin, selain Abby, pelakon Bob Lokman juga turut kelihatan di perhimpunan tersebut.

..

..

..

..

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.