Sikap Tak Bertanggungjawab Sham (Kamikaze) Punca Isteri Tuntut Cerai |
|
|
| Monday, 03 September 2012 11:17 | |||
|
Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu. Memetik kenyataan di mStar, Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu. Keputusan nekad mahu bercerai disebabkan dia sudah tawar hati dengan sikap tidak bertanggungjawabnya Sham dalam urusan rumah tangga. Tambahan banyak konflik dalaman yang tercetus antara mereka dan Sham menafikan haknya sebagai isteri. Mengenai pernikahan kali kedua Sham, Farazila berkata dia pernah bertanya kepada suaminya mengenai dakwaan itu untuk kepastian. Tetapi Sham tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, Sham mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadapnya. Kerana itu juga dia terpaksa berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan umum sejak kontroversi suaminya beristeri dua tersebar. Sebelum ini Sham pernah menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari lalu, di Pulau Pinang. Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila.
- mD
|












.jpg)











