Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Peserta Korea Next Top Model Dicakar

Print E-mail
  
Monday, 03 September 2012 09:05

..

Salah seorang peserta program realiti, Korea Next Top Model (KNTM3), Chai So mengalami kejadian yang tidak diduga apabila dicakar seorang peminat yang tidak menyukainya.

Gadis berusia 21 tahun itu mengalami trauma akibat dicakar oleh seorang pelajar sehingga meninggalkan kesan yang menakutkan.

Dek kerana serangan tersebut, Chai So terpaksa melupakan hasratnya untuk menyertai peringkat grand finale akibat kesan luka yang masih dapat dilihat sehingga kini.

Sehingga kini Chai So masih kecewa kerana luka di wajahnya itu masih belum pulih dan terpaksa memakai solekan yang tebal sungguhpun kadangkala ia menyakitkan luka tersebut. Namun demi menjayakan penggambaran yang diaturkan lebih awal, Cha So terpaksa menahan sakit. 

Chai SoChai So

-mD





 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.