Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

The Dark Knight Rises Kutip Lebih 1 Bilion USD

Print E-mail
  
Monday, 03 September 2012 16:33

..

Sejak ke layar perak, rekod demi rekod yang dicipta instilasi terkini Batman ni. Terbaru, karya yang secara rasminya merangkap filem ke-13 yang diadaptasi dari karakter komik DC ni berjaya mencapai kutipan pecah panggung sebanyak lebih 1 bilion USD.

The Dark Knight Rises (TDKR)' arahan sutradara Christopher Nolan mencatatkan kutipan domestik sebanyak 431.2 juta USD. Sementara kutipan seglobal yang diraih lebih kurang 574 juta USD. Ini menjadikan jumlah kutipan keseluruhan berjumlah $1.005 bilion USD.
 
Impresif, kutipan The Dark Knight Rises adalah lebih baik daripada bikinian sebelumnya iaitu The Dark Knight yang meraih kutipan sebanyak 1.003 bilion USD (seluruh dunia) pada tahun 2008.

Bagaimanapun filem tersebut di jangka sepatutnya mendapat kutipan yang lebih baik lagi di Amerika namun gara-gara insiden tembakan yang berlaku pada 20 Julai lalu, telah menjejaskan sedikit kutipan jualan tiket. Ramai penonton bertindak memulangkan semula tiket kerana bimbang dengan kejadian tersebut.

TDKR diterajui Christian Bale yang kembali dengan ke watak Bruce Wayne aka Batman dan turut dibarisi pelakon hebat seperti Gary Oldman, Morgan Freeman, Michael Caine, Anne Hathaway serta Joseph Gordon.

..

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.