|
|
|
Tuesday, 04 September 2012 10:46 |
.
"Ya gambar itu adalah diri saya tetapi ia hanyalah bagi memenuhi watak saya sebagai Roni dalam drama bersiri Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy," kata pelakon Afique Hussain berkenaan isu gambarnya yang seolah-olah sedang khayal yang tersebar baru-baru ini.
Memetik kenyataan di mStar pelakon drama bersiri Seindah Sakura ni bagaimanapun menyangkal dakwaan kononnya dia mengambil dadah. Pelakon berusia 27 tahun ini menjelaskan gambar itu diambil oleh seorang krew semasa penggambaran drama tersebut yang ditayangkan di TV3 beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu Afique memberitahu dia akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya selepas ini kerana bimbang pihak luar mungkin menggunakan ia untuk memburukkan namanya.
Afique berkata, walaupun sedikit kesal dengan kejadian itu namun dia mengambilnya sebagai satu pengajaran.
"Foto itu saya pernah gunakannya sebagai gambar profil di Black Berry Messenger (BBM) tetapi tidak sangka pula ada pihak yang mengambilnya dan menyebarkan menerusi e-mel untuk memburukkan saya," ujarnya.
Tambahnya lagi penyebaran foto berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab tidak memberi kesan kepadanya kerana yakin masyarakat sudah pandai menilai. Afique juga tidak berasa marah atau terkilan kerana menganggap ia mungkin orang yang cuba menyebar gambar tersebut berniat baik untuk memberi peringatan kepada artis baru seperti saya bahawa tingkah laku kami diperhatikan,
"Mungkin kepada mereka yang mengikuti drama Seindah Sakura akan tahu bahawa gambar tersebut adalah salah satu adegan daripada drama tersebut kerana saya memegang watak jahat. tidak berasa marah atau terkilan kerana menganggap ia mungkin orang yang cuba menyebar gambar tersebut berniat baik untuk memberi peringatan kepada artis baru seperti saya bahawa tingkah laku kami diperhatikan," ujarnya.
- mD
|