Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Diana Danielle Tidak Teruja Bertunang Sebaliknya...

Print E-mail
  
Wednesday, 05 September 2012 02:31

..

Pelakon Diana Danielle yang sekarang sudah bergelar tunang kepada aktor Farid Kamil berkata, dia tidak terlalu teruja dengan status mereka kini sebaliknya menganggap ia adalah sebagai satu tempoh percubaan sebelum bergelar suami isteri.

Memetik kenyataan di mStar, gadis berusia 21 tahun itu berkata, bertunang pada usia muda tidak menghalangnya untuk belajar menjadi seorang wanita yang lebih matang selain ia adalah sebuah ujian yang harus diharunginya bersama Farid untuk beberapa tempoh.

"Terima kasih atas ucapan dan doa yang diberikan pada kami. Sebenarnya saya tidaklah terlalu teruja, tetapi bagi saya, pertunangan ini adalah ujian buat kami.

"Bersedia atau tidak, kami akan belajar perlahan-lahan untuk serasikan diri dalam ikatan ini (bertunang) ," katanya menerusi mesej ringkas melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada portal tersebut.

Tambah Diana, dia juga tidak ada sebarang masalah untuk meneruskan ikatan pertunangan itu yang dijangka tidak lebih daripada setahun sebelum kedua-duanya membina rumah tangga.

Diana dan Farid mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu. Majlis berlangsung dalam suasana yang sederhana dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Doakanlah yang terbaik buat kami," ujar Diana.


- mD








 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.