Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Lisa & Datin Sofea Jane Jadi Tun Dr. Siti Hasmah?

Print E-mail
  
Wednesday, 05 September 2012 13:10

Lisa Surihani dan Datin Sofea Jane bakal terajui teater Tun Dr. Siti HasmahLisa Surihani dan Datin Sofea Jane bakal terajui teater Tun Dr. Siti Hasmah

Selepas pengesahan aktres jelita Erra Fazira tidak dapat meneruskan tugas membawa watak utama iaitu Tun Dr. Siti Hasmah atas sebab jadual kerja yang bercanggah selepas pementasan tertangguh, pelakon Lisa Surihani dikhabar bakal menggalas tanggungjawab tersebut. Itu ramai sudah tahu.

Bagaimanapun dengarnya, Lisa akan menghidupkan watak isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad ni ketika di usia remaja. Pertama kali di pentas teater, sesuatu yang baru akan dapat kita lihat daripada Lisa nanti.

Manakala tambah menarik, ada ura-ura mengatakan yang Datin Sofea akan menggalas tanggungjawab sebagai Tun Dr. Siti Hasmah di usia sekarang. Semestinya calon yang bukan calang-calang. Pasti mantap!

Difahamkan pada Jumaat ini, akan berlangsungnya satu sidang media berkenaan teater yang dinanti ramai ini. Selain memperkenalkan barisan pelakon, pada sidang media itu juga akan diumumkan tarikh baru pementasan teater arahan Erma Fatimah yang juga selaku penulis skrip.

Teater Tun Dr. Siti Hasmah kembali menampilkan Esma Daniel sebagai Tun Mahathir dan Nazim Othman diberi cabaran membawa watak Tun Mahathir ketika muda.

Kami akan khabarkan perkembangan selanjutnya, nanti.

 

- mD





 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.