Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Tolak Filem Aksi Murah, Bade Hj. Azmi Buat 'Sindiket' RM3 Juta

 
Taruhaan 'Sindike't. Dua pelakon hebat, Liyana Jasmay dan Sharifah Amani serta Soo Wincci (tengah), memengang watak sebagai 'mak ayam' dalam arahan Bade Hj Azmi itu. Kredit foto Faisol Mustafa.Taruhaan 'Sindike't. Dua pelakon hebat, Liyana Jasmay dan Sharifah Amani serta Soo Wincci (tengah), memengang watak sebagai 'mak ayam' dalam arahan Bade Hj Azmi itu. Kredit foto Faisol Mustafa.Taruhaan 'Sindike't. Dua pelakon hebat, Liyana Jasmay dan Sharifah Amani serta Soo Wincci (tengah), memengang watak sebagai 'mak ayam' dalam arahan Bade Hj Azmi itu. Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Kali terakhir dia muncul dengan Maut, filem yang ditayangkan sekitar 2009. Kini hampir tujuh tahun lamanya beliau tidak keluar dengan karyanya dilayar perak, akhirnya sutradara berprofil tinggi, Bade Hj Azmi bakal kembali dengan buah tangan terbaru, Sindiket.
 
Menurut pengarah yang telah mencipta rekod pecah panggung menerusi filem seperti, KL Menjerit, Gangster dan Castello ini, selama beberapa tahun ini bukan tidak ada penerbit yang datang menawarkan untuk menghasilkan filem aksi juga filem bergenre lain. Tetapi beliau berpegang pada prinsip tidak percaya pada penghasilan filem aksi yang berbajet murah. Kerana itu beliau mengambil masa agak lama untuk kembali dengan ledakan filem baru. 
 
Sementelah idea karya ke-11nya ini sudah diperap sejak beliau menghasilkan filem Maut, tujuh tahun lalu. Sehinggalah dia di datangi oleh sebuah produksi baru iaitu Loyal Studio Sdn Bhd yang berjaya meyakinkannya untuk memvisualkan naskah tersebut. 
 
"Sebenarnya ini satu takdir yang tidak dirancang. Ini kerana saya sebenarnya sedang dalam perancangan untuk satu filem lain yang berbajet besar. Tiba-tiba Loyal Studio Sdn Bhd muncul dengan cara yang luar biasa. Kami melalui perbincangan yang juga luar biasa. Selama berkarya, belum ada penerbit yang ajak datang ke rumah untuk berbincang. Mereka suka dengan idea dan jalan cerita sindiket. 
 
"Tapi saya kata pada mereka, saya tak percaya pada filem aksi yang bajetnya murah. Dan kalau mereka serius nak buat filem aksi, pelaburannya bukan sikit-sikit. Tapi mereka dengan yakin dan bersungguh mahu Sindiket difilemkan. Akhirnya kami mendapat persetujuan", katanya yang bakal memulakan pengambaran filem bernilai RM3 juta itu di Kundasang, Sabah mulai 6 Jun ini. 
 
Bade Hj, Azmi.Bade Hj, Azmi.Bade Hj, Azmi.
 
Bade ditemui pada majlis pelancaran filem ini bertempat di restoran Rebung, Bangsar, petang semalam.
 
Membariskan pelakon hebat antaranya, Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci, filem ini akan turut menjalani penggambaran di Pulau Sebatik, Kalimantan, Indonesia.
 
Optimis membawa sesuatu yang jauh berbeza dengan karya-karyanya sebelum ini juga filem sedia ada, kali ini Bade bukan hanya duduk di kerusi pengarah. Malah beliau terlibat dalam setiap peringkat pembikinan, dari sudut teknikal kerja dan produksi hinggalah ke proses penyuntingan.
 
Bersama barisan pelakon mantap, janji Bade, Sindiket pasti memberikan satu kelainan dari segi persembahan dan bukan sekadar menambahkan satu lagi filem dalam longgokan filem-filem tempatan sedia ada hari ini. 
 
"Sindiket membabitkan banyak pihak seperti Unit Pyrotechnic, Angkatan Tentera Darat Malaysia, Angkatan Tentera Laut Malaysia, Angkatan Tentera Udara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Gerakan Marin. Selain ia juga menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri dan koreografer profesional yang akan mencantikkan lagi pergerakan babak aksi.
 
"Mengenai pemilihan lokasi, Kundasang dan Pulau Sebatik memang sesuai kerana lokasi ini memang panas dengan isu semasa yang akan kami ketengahkan dalam filem ini iaitu 'Human Trafficking' dan Pemerdangan Manusia. Saya juga percaya dengan aktres dan aktor terbaik negara yang saya ada, Sindiket bakal memberikan satu kelainan dan memberi sekaligus saya berharap ia memberi impak yang besar pada industri filem tanah air," katanya.
 
'Sindiket' Bukan 'Taken'!
 
Barisan penerbit, pengarah bersama para pelakon filem 'Sindiket'.Barisan penerbit, pengarah bersama para pelakon filem 'Sindiket'.Barisan penerbit, pengarah bersama para pelakon filem 'Sindiket'.
 
Dari kaca mata seorang pengarah, Bade yakin pemilihan subjek pemerdangan manusia dirasakan cukup relevan utuk dipaparkan kepada masyarakat umum memandangkan isu ini berkait rapat dengan kehidupan masayrakat dunia, yakni sesiapa pun berisiko menjadi mangsa.
 
Menyedari isu ini pernah diangkat dalam filem Hollywood antaranya, Taken namun beliau menegaskan apa yang membezakan mengenai Sindiket ini ia membawa penonton menyorot ‘Perdagangan Manusia’ yang berlaku di Malaysia. Bedasarkan kisah benar, Sindiket turut disuntik dengan 'rasa' komersil seperti percintaan dan kekeluargaan. 
 
“Sindiket bukan diinspirasi daripada Taken pun. Isunya mungkinn sama, tetapi saya terinspirasi menghasilkan filem ini berlandas kisah benar seorang wanita warga tempatan, yang diperdaya teman lelaki lalu menjualnya kepada pengusaha rumah pelacuran. Dia diberi dadah dan dipaksa melacur,” jelasnya.
 
 
- mD