Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Dazrin Jawab Dakwaan Gaduh Dengan Hairul Azreen


Hairul Azreen (kiri) dan Dazrin.Hairul Azreen (kiri) dan Dazrin.
 
Dalam sebuah laporan akhbar mingguan (semalam) menyebut, pasangan juara program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama, pelakon Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen didakwa bergaduh. Semuanya kerana Dazrin dikatakan bersikap pentingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain sehingga membuatkan rakannya itu berkecil hati dengannya.
 
Namun, bercakap kepada mStar online, Dazrin, 25, yang nyata terkejut sekaligus menafikan tuduhan tersebut.
 
"Semua ini mengarut dan tidak benar. Pada mulanya, saya tidak tahu tentang berita ini sehinggalah Hairul menghubungi saya.
 
"Tak mungkinlah kami bermasam muka sedangkan saya dan Hairul sering lepak bersama jika tidak ada sebarang kerja-kerja seni," katanya.
 
Hal tersebut membuatkan Hairul meluat dengan karenah Dazrin yang juga agak sombong dengan cuba menjauhkan diri daripadanya
 
Tambah pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama Adam dan Hawa itu, dia berharap menerusi penjelasan yang diberikan, tiada pihak yang akan mempersoalkan lagi mengenai gosip tersebut.
 
"Sebenarnya saya berada di Ketereh, Kelantan bagi menjalani penggambaran drama Syurga Di Wajahmu untuk TV1 dan rangkaian perkhidmatan telefon saya kurang jelas.
 
"Jadi apabila ramai yang menghubungi saya bertanyakan tentang isu ini, geram pula jadinya," ujarnya.
 
 
 
- mD