Sat01212017

LAST_UPDATEFri, 20 Jan 2017 11pm

Artis Yang Sambut Hari Jadi Pada Hari Malaysia Mengundi

..

Tanggal 5 Mei ini, adalah hari yang penting bagi negara kita, Malaysia. Seluruh rakyat (yang layak) bakal beramai-ramai menjalankan kewajipan mereka mengundi bagi edisi Pilihan Raya Umum ke-13 (PU13). Tidak hanya merupakan hari bermakna pada negara, tapi tarikh tersebut juga cukup istimewa bagi beberapa artis tempatan dan antarabangsa kerana 5 Mei merupakan hari ulang tahun kelahiran mereka.
 
Berikut selebriti tempatan dan antarabangsa popular masa kini yang akan sambut hari jadi mereka, di hari rakyat Malaysia, keluar mengundi.  
 
.
 
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil. Dilahirkan di pada 5 Mei 1981 di Alor Setar Kedah. Tujuh Perhentian, Anak Halal, I'm Not Single dan Apa Kata Hati, antara filem yang melonjakkan nama suami kepada aktres Diana Danielle ini sehingga dia mendapat jolokan Hero Pujaan Malaya. Akan menyambut ulangtahun yang ke-31, Farid dan Diana juga kini sedang berdebar menantikan kelahiran anak sulung mereka tidak lama lagi. 
 
 
 
 
.
 
 
Lahir pada 5 Mei 1989 di Tappahannock, Virginia, Amerika Syarikat. Penyanyi R&B, penari dan pelakon ini lebih dikenali dengan nama pentas, Chris Brown. Pernah menggegarkan dunia Hollywood dengan kontroversi pergaduhan bersama penyanyi Rihanna (yang sekarang dah jadi kekasihnya kembali). Bakal memasuki usia 23 tahun, Chris Brown popular dengan lagu seperti With You, Kiss Kiss, Crawl, Next To You dan Look At Me Now.
 
 
 
 
 
.
 
 
Adele Laurie Blue Adkins atau penyanyi bersuara 'emas' ini senang dipanggil sebagai, Adele. Lahir pada 5 Mei 1988 di Tottenham, Greater London, England, United Kingdom. Mencipta fenomena menerusi lagu Rolling in the Deep, Someone Like You, Set Fire to the Rain sekaligus meraih pelbagai anugerah berprestij, anugerah Grammy, termasuk juga mencipta rekod dalam Guinness World Records.  Adele bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-24.
 
 
.
 
 
 
 
Di lahirkan pada 5 May 1981 (age 31) Southampton, Hampshire, England, United Kingdom. Penyanyi ini cukup popular menerusi lagu,  7 Days. Bakal berusia 31 tahun, sejak Mac lalu Craig David membuat persembahan menerusi konsert jelajah dunianya dan akan berakhir pada Mei ini. 
 
 
 
 
.
 
 
 
Leesem, salah seorang anggota band Korea, Nine Muses. Lahir pada 5 Mei 1987, gadis bakal genap usianya 25 tahun ini pernah menjuarai pertandingan Supermodel (2007) di Korea. 
 
 
 
.
 
 
 
 
Bintang realiti, Brooke Ellen Bollea atau lebih dikenali sebagai Brooke Hogan. Lahir pada 5 Mei 1988, di Tampa, Florida, U.S. Merupakan anak sulung kepada ahli gusti terkenal, Hulk Hogan. 
 
 
 
 
.
 
 
 
 
 
Siwoo, dilahirkan pada May 5, 1993. Bercita-cita menjadi pemain bola sepak namun akhirnya memilih untuk bergelar penyanyi. Pemuda 19 tahun ini merupakan salah seorang anggota kumpulan Kpop popular, C-Clown.
 
 
 
.
 
 
 
 
 
 
Lahir pada 5 Mei 1979, di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat.  Vincent Kartheiser, 33, mula popular ketika muncul menerusi siri TV Mad Men, memengang watak Pete Campbell.
 
 
 
 
 
.
 
 
 
 
 
 
Jieun, merupakan vokalis utama kumpulan Secret. Lahir pada 5 Mei 1990. Pernah muncul menerusi lakonan dalam drama bersiri Shut up Family (2012) dan menyertai salah satu program nyanyian popular Korea, Immortal Song 2 (2011).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
- mD