Thu11232017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 7pm

Adrea Abdullah Pernah Ditawar 'Jual Diri'

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.

Mungkin ada yang tertanya-tertanya siapakah wanita ini? Adrea Abdullah, bukan satu nama asing dalam dunia lakonan kerana pelakon ini sudah bertapak dan membintangi pelbagai drama dan filem sejak 10 tahun lalu. Menerusi filem terkini, Kahwin 5, nama Adrea semakin disebut-sebut gara-gara lakonannya daring serta tutur katanya dalam loghat Kelantan yang kedengaran lucu.

Berkongsi pengalaman sebagai anak seni sejak sedekad ini, Adrea yang ditemui baru-baru ini berkata dia bersyukur kerana meskipun terpaksa bermula dari bawah, namun semua pengalaman itu dan perjalanan seninya yang perlahan banyak mengajar dan mematangkannya.

"Mungkin sebelum ini saya kurang diberi peluang oleh pengarah dan produser untuk menjiwa watak lebih berat dan peranan utama. Lagipun beberapa tahun dulu saya on-off dalam lakonan. Alhamdulillah, kini semakin lama semakin banyak pihak yang 'nampak' saya dan saya boleh survive.

"Saya akui saya berusaha keras sepanjang 10 tahun ini. Tapi rasa bertuah kerana saya bermula dari bawah dan naik sedikit demi sedikit walaupun perjalanan seni saya perlahan, saya dah dapat bawakan macam-macam watak dan menimba banyak pengalaman. Sekaligus pengalaman-pengalaman tersebut mematangkan saya", katanya kepada Malaysian Digest.com.

Sungguhpun begitu, pemilik nama sebenar Nik Adrea Nik Abdullah ini mendedahkan dia pernah melalui beberapa keperitan apabila pernah disabotaj. Malah lebih teruk, dia pernah ditawarkan satu watak tetapi watak itu hanya akan menjadi miliknya sekiranya dia sanggup 'memberikan dirinya' kepada pengarah drama tersebut.  

Namun anak kelahiran Kelantan ini mungkin nampak mudah termakan pujuk rayu dan juga kata-kata manis oleh pihak-pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadapnya. Tetapi hakikatnya, ibu tunggal anak satu ini berkata, dia pantang diperkotak-katikkan apatahlagi apabila maruahnya cuba 'dibeli'.

"Macam-macam yang sudah saya lalui sepajang bergelar artis. Saya juga pernah disabotaj oleh pihak yang dengki dengan saya. Contohnya, dah sah saya dapat satu watak ni, alih-alih bila tiba hari penggambaran, pihak tersebut tiba-tiba gantikan dengan pelakon lain. Pernah juga satu ketika seorang pengarah menawarkan saya satu watak, tetapi dengan syarat saya harus beri tubuh saya pada dia.

"Tapi saya bukan jenis yang senang-senang boleh dipengaruhi. Pernah juga satu ketika ada pelakon lelaki yang cuba ambil kesempatan terhadap saya. Kalau sewaktu camera on, saya okay lagi kalau dia nak peluk saya sebab ada dalam skrip. Tapi kalau pengarah dah cut, diluar set, dia cuba nak peluk saya, ikutkan hati masa tu juga saya nak tangankan dia", katanya yang bagaimanapun enggan mendedahkan nama pihak yang berperangai tidak senonoh itu.

Anak Sebagai Kekuatan, Kekasih

..

Dalam pada itu, Adrea berkata sepanjang mengharungi perjalanan sebagai artis, anak lelaki kesayangannya, Syafiq, 8, yang menjadi kekuatan buat wanita berusia tahun 36 tahun ini.

Menurut Adrea, semenjak bergelar ibu tunggal kira-kira dua tahun lalu, anak lelakinya itu sentiasa di sisinya. Sekaligus Syafiq menjadi penyuntik semangat untuknya terus menempuh dugaan dan caraban yang datang.

"Dia (Syafiq) lah kekuatan saya untuk saya terus tabah tempuh dugaan hidup. Kalau selepas ini, anada saya berkahwin lagi, bakal suami saya itu juga perlu menerima yang syafiq adakah nombor 1 dalam hidup saya", katanya.

Meskipun begitu, Adrea memberitahu dia tiada niat mahu menyorokkan statusnya sebagai ibu tunggal tetapi cuma tidak mahu cerita peribadinya diuar-uarkan kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

"Bukan nak sorok status... Cuma saya tak mahu kisah peribadi saya dihebahkan. Saya tak mahu aibkan mana-mana pihak. Cukuplah orang tahu saya ni ibu tunggal. Sebagai seorang yang bertindak sebagai ibu juga ayah kepada Syafiq, tipu kalau saya kata yang saya tak sepi. Tapi dengan adanya Syafiq, dia bagai penyeri dan pelengkap hidup saya.

"Kalau saya sibuk dilokasi penggambaran, kakak saya yang tolong saya jagakan Syafiq. Dan bila tamat penggambaran, saya akan luangkan masa bersamanya. Kami akan pergi bercuti. Syafiq suka berenang, jadi kami akan pergi berenang sama-sama. Saya anggap dia macam kawan baik saya. Saya banyak mengajar dan bercakap dengaannya seperti orang dewasa bercakap. Jadi itu yang buat dia cepat matang. Kadang-kadang tu yang lucunya, dia bercakap dengan saya, siap panggil saya dengan gelaran my love, dah macam kekasih pula", katanya.

Dalam perkembangan lain, Adrea bakal muncul dalam drama bersiri Maskara mula 10 April ini di saluran RTM. Drama terbitan KRU Studios itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Nasha Aziz dan Anzalna. Selain, dia akan muncul dalam sitkom musim baru Salam Pantai Timur, juga di saluran RTM, tidak lama lagi.


- mD